Jumaat, 16 September 2016

Jenazah Haron Din dikebumi di San Francisco

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Jenazah Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din, akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di daerah San Francisco, California. 
 
Jenazah pendakwah terkemuka dan tokoh perubatan Islam itu akan disembahyangkan di Masjid An-Nur di bandaraya itu. 
 
Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, selepas mendapat pengesahan daripada keluarga Allahyarham. 
 
"Baru bercakap dengan keluarga Datuk Dr Harun Din. Keluarga sepakat pengebumian (Allahyarham) di San Francisco (California, Amerika Syarikat). 
 
"Solat jenazah di Masjid An-Nur di sana," katanya menerusi akaun Twitter rasminya, sebentar tadi. 
 
Haron, 76, meninggal dunia pada jam 10.10 pagi tadi waktu Malaysia. 
 
Pengasas pusat rawatan Islam Darussyifa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak semalam ketika menjalani rawatan jantung di hospital berkenaan. 
 
Haron berlepas ke AS sejak 10 September lalu untuk mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya.
 
 

Tiada ulasan: