Bernama
Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani menolak dakwaan
bahawa negara bakal muflis tahun depan seperti yang tersebar di media
sosial.
Beliau berkata dakwaan berkenaan ditulis berdasarkan fakta yang direka dan tindakan itu amat tidak bertanggungjawab.
"Rakyat tidak perlulah terpengaruh dengan berita yang tidak sah ini,
mana mungkin negara boleh muflis hanya kerana sebuah syarikat milik
kerajaan mengalami masalah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan
Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sabak Bernam di Selangor hari ini.
Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh.
Johari berkata penyebaran berita berkenaan sama seperti dakwaan
kononnya Lembaga Tabung Haji (TH) mengalami masalah kewangan sebelum
ini, namun berita itu tidak benar.
"Orang ramai yang percaya dengan berita itu ada yang bertindak mengeluarkan duit mereka," katanya.
-Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan