shahbudindotcom
Di
kalangan pemimpin-pemimpin UMNO, tidak ramai di antara mereka yang
betul-betul mahu mengaku kewujudan PPBM adalah cabaran sebenar kepada
kedudukan parti itu dalam pilihanraya akan datang.
Lebih
ramai yang terus sombong bongkak dengan mengatakan PPBM bukan saingan
yang sebenar, UMNO sudah biasa dengan cabaran, PPBM bakal senasib
Semangat 46 dan macam-macam lagi.
Realitinya,
dengan bermulanya PPBM mendaftarkan ahli-ahli baru sejak semalam,
kedudukan UMNO dengan sendirinya makin mengecil. Pada hari pertama di
Kuala Lumpur saja, sebanyak lebih 9000 borang telah diambil.
Hari
ini mungkin ribuan lagi yang telah mendaftar dan oleh kerana permintaan
bertambah, walaupun esok merupakan cuti umum sempena Hari Malaysia,
pendaftaran terpaksa dibuka untuk kemudahan orangramai.
Serentak
dengan itu, penyeleras negeri-negeri turut dilantik untuk memudahkan
lagi proses pendaftaran ahli. Beberapa negeri kemudiannya melantik
penyelaras di peringkat bahagian-bahagian pula.
Dengan
itu, ahli PPBM akan terus bertambah hari demi hari. Sebahagian besar
ahli PPBM adalah ahli UMNO. Secara automatiknya, UMNO makin kekurangan
ahlinya.
Apabila
ahli UMNO berpindah kepada PPBM, bermakna juga mereka tidak lagi mahu
mengundi BN dalam pilihanraya akan datang. Jadinya, UMNO akan
berkurangan ahli, BN berkurangan undi.
Proses
menjauhi UMNO dan BN ini akan berterusan selagi Najib terkepung dengan
isu 1MDB dan Rosmah pula kekal dengan kegemaran suka membeli-belahnya.
Dari masa ke semasa, mungkin lebih banyak lagi yang akan didedahkan
kepada kita semua.
Semua
itu menjadikan UMNO dan BN secara realitinya tidak selamat lagi untuk
menggenggam kuasa yang ada. Kuasa yang mereka ada hanya menunggu masa
saja untuk ditanggalkan oleh pengundi-pengundi yang semakin bijak dan
tidak mudah lagi ditipu dengan bayangan permata, tetapi sebenarnya ia
hanyalah kaca.
PPBM bersama Pakatan Harapan lebih diharap dan dipercayai untuk menjadi kerajaan baru menggantikan BN.
Dalam
keadaan cemas itu, satu-satunya talian hayat yang tinggal bagi UMNO dan
BN untuk mengekalkan kuasanya ialah SPR. Sebab itu, serentak dengan
terttubuhnya PPBM, secara tiba-tiba juga SPR mengumumkan syor kajian
semula persempadanan bahagian-bahagian pilihanraya untuk dilaksanakan
dalam pilihanraya umum akan datang.
Syor
tersebut tidak melibatkan pertambahan bilangan kerusi, tetapi cuma
perubahan nama dan sempadan kawasan pilihanraya semata-mata. Dengan yang
demikian, ia tidak memerlukan kelulusan majoriti dua pertiga di
Parlimen, sebaliknya memadai dengan majoriti mudah saja.
Di
setiap negeri, beberapa kawasan akan terlibat dengan perubahan
persempadanan itu dengan Kuala Lumpur dan Terengganu menyaksikan semua
kawasan akan diubah sempadannya.
Di
Selangor, ia melibatkan 18 daripada 22 kawasan Parlimen, di Perak,
perubahan melibatkan 17 daripada 24 kawasan Parlimen manakala di Johor,
21 daripada 26 kawasan akan terlibat.
Ahli
Parlimen DAP, Tony Pua menggambarkan tindakan SPR itu lebih bertujuan
menambah jumlah majoriti di kawasan yang BN tidak boleh menang dan
mengurangkan majoriti di kawasan yang mungkin BN boleh menang.
Mengambil
contoh kawasan Parlimennya Petaling Jaya Utara yang akan ditukar kepada
Damansara, perubahan persempadanan itu, katanya akan menyaksikan
pertambahan sebanyak 76.2 peratus daripada 85,401 pengundi kepada
150,430 jumlah pengundi.
Sebaliknya
kata Tony, di kawasan Parlimen Kapar, jumlah pengundi dikurangkan
daripada 144,159 kepada 100,456 pengundi iaitu penurunan sebanyak 30.3
peratus.
Perubahan
persempadanan yang dilakukan SPR itu dan manfaatnya kepada BN juga
mungkin lebih difahami melalui gambarajah seperti yang turut disiarkan
dalam blog ini.
Lantaran
itu, rakyat bukan saja seharusnya mengemukakan bantahan secara
besar-besaran terhadap cadangan SPR itu, malah mesti juga turun
beramai-ramai dalam Bersih 5 pada 19 November depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan