Jumaat, 16 September 2016

Amanah Kelantan fokus gerakan peduli rakyat sambut ulang tahun pertama

 ZIKRI ABDULLAH
 
 
Presiden Amanah tandatangan plak perasmian pusat peduli rakyat KelaboranPresiden Amanah tandatangan plak perasmian pusat peduli rakyat Kelaboran


Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan menyambut ulang tahun pertama dengan mengemukakan tawaran untuk membantu rakyat yang memerlukan secara menyeluruh dan berkesan.

Presiden Amanah, Haji Mohamad Sabu berkata, beliau bersyukur kerana Amanah Kelantan berjaya mempamerkan kesungguhan dalam kerja-kerja kebajikan.

"Kita mahu Islam yang jelas memberi manfaat kepada orang ramai khususnya mereka yang dalam kesusahan menjadi amalan perti kita, bukan sekadar bercerita tentang kebajikan, Katanya ketika merasmikan pusat peduli rakyat Dun Kelaboran di Tumpat pagi tadi.

Belaiu berkata, umat Islam seharusnya merasa malu dengan orang bukan Islam dalam hal menjaga kebajikan dan membantu orang lain yang sedang kesusahan.

"Kalau kita pergi ke mana=mana tempat yang ditimpa bencana di serata dunia, kita dapat lihat kumpulan-kumpulan penyelamat dan program bantuan kemanusiaan, orang bukan Islam jelas jauh ke depan benbanding kita.

"Ini termasuk di Palestin, di mana sekarang ini terdapat masalah pihak berkuasa Israel melarang penduduk mengutip buah zaitun di kebun mereka.

"Sekarang ada sukarelawan bukan Islam dari negara Eropah datang untuk jadi benteng penduduk ini melawan pihak berkuasa Israel," kaanya.

Parti Amanah katanya, akan jadikan usaha merealisasikan kerja kebajikan tersusun ini sebagai teras gerakan parti.

"Usaha ini kita akan buat terus sekarang dan bukan sekadar janji bila kita ada kuasa," katanya.
Sebelum itu rombongan presiden Amanah diberi taklimat berkenaan operasi pusat peduli rakyat berkenaan oleh penyelaras Dun Amanah Kelaboran, Nik Faizah Nik Othman.

"Seorang petugas khas telah kita lantik untik mengedalikan pusat ini.

Upacara tahnik di Jal BesarUpacara tahnik di Jal Besar"Urusan paling asas ialah kita mendengar aduan masalah-masalah yang dikemukakan oleh orang ramai.

"Dari situ kita akan mencari penyelesaian kepada masalah ini melalui pelbagai kaedah yang telah kita rancangkan," katanya.

Sebelum itu, sebaik mendarat di Kota Bharu awal pagi, Mohamad Sabu terus dibawa ke majlis menerima borang menyertai parti Amanah di kampung Jal Besar dalam Dun Wakaf Bharu.

Pada majlis itu beliau sempat menyempurnakan tahnik dan menerima kemasukan beberapa pemimpin tempatan ke dalam Amanah.

Tiada ulasan: