Jumaat, 2 September 2016

100,000 belum dapat kerakyatan Malaysia

kerakyatan Malaysia
 

TERDAPAT sekurang-kurangnya 100,000 kaum Cina yang menjadi penduduk tetap di negara kita masih belum memperoleh warga kenegaraan, demikian dinyatakan oleh Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong), Tan Sri Pheng Yin Huah.

Beliau berharap pihak kerajaan memandang serius mengenai perkara ini dan dapat menyelesaikannya dalam tempoh terdekat.

“Kebanyakan kaum Cina yang tidak mempunyai kad pengenalan ini adalah terdiri daripada golongan tua. Mereka telah lama memohon tetapi masih belum diluluskan oleh kerajaan,” katanya kepada Sin Chew Jit Poh.

Menurut Yin Huah, di bawah Perkara 16 Perlembagaan Persekutuan, sesiapa yang dilahirkan di Persekutuan sebelum merdeka, maka seseorang itu berhak didaftarkan sebagai warganegara.

“Sejak lebih daripada beberapa dekad lalu, pelbagai kaum telah memohon untuk menjadi warganegara Malaysia. Bagaimanapun, bagi kaum Cina, mereka sering kali menghadapi kegagalan ketika melalui temu duga akibat masalah bertutur dalam Bahasa Malaysia.

“Kebanyakan mereka sudah lama bermastautin di negara kita sehingga menjadi generasi ketiga dan mempunyai ramai cucu cicit. Mereka juga telah lama memberi sumbangan kepada negara kita. Oleh itu, tidak ada sebab kenapa permohonan mereka untuk menjadi warganegara kita ditolak," katanya.


Tiada ulasan: