HAZAYANI ZAKARIA
Kemenangan BN dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak semalam tidak
bermakna BN betul, cukai barang dan perkhidmatan (GST) baik untuk rakyat,
perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tidak bersalah dan skandal
negara 1MDB selesai, kata ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.
Sebaliknya beliau mendakwa kemenangan BN diketahui umum kerana
lambakan wang serta pengumuman projek dan peruntukan untuk memberi harapan kepada rakyat Sarawak supaya mengundi BN.
“Dalam pilihan raya umum ke -13 diakui oleh Nazir adik Najib yang
beliau diarah oleh abangnya untuk menyalurkan AS$7 juta (RM27.5 juta) dari akaun perbadi abangnya Najib kepada jentera parti Umno BN secara tunai sebelum PRU13.
“Apa yang dilakukan Nazir sangat dipertikaikan dari mana abangnya
Najib memperolehi wang tersebut. Saya percaya inilah juga yang berlaku pada PRN 11 Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mahfuz juga berkata, Najib dan BN sangat mengharapkan kemenangan
besar di Sarawak sehingga membelanjakan wang besar untuk jentera
Putrajaya berkampung di Petrajaya Sarawak.
“Harapan Najib dengan kemenangan yang telah diperoleh akan
membenamkan dan mematikan semua serangan yang dihalakan kepadanya serta
menutup mulut yang meminta beliau berundur,” katanya lagi.
Beliau menambah, Najib cuba menggunakan rakyat khususnya pengundi Sarawak yang kekurangan maklumat mengenai apa yang berlaku di Putrajaya
untuk membersihkan segala kemungkaran politik salah guna kuasa dan
kemungkaran ekonomi rasuah sindiket penipuan wang negara yang dilakukannya bersama pemimpin Umno BN.
“Najib dan pemimpin Umno BN membawa sembahan tuhan wang bagi menjayakan misi mencuci dosa kemungkaran politik dan ekonomi,”katanya.
Namun beliau mengingatkan Najib agar beliau tidak terus menipu rakyat
kerana rakyat semakin bangkit untuk menyelamatkan Malaysia.
“Kepada Najib dan kuncu kuncunya harus ingat kamu tak boleh terus menipu pada setiap masa.
“Gerakan rakyat akan terus melangkah ke hadapan menyelamatkan Malaysia.
“Kepada rakyat saya mengingatkan jangan sampai kerana bertuhankan wang kita memusnahkan negara dan generasi baru Malaysia.
“Masih belum terlambat untuk rakyat bangkit perbetulkan negara dan
meletakkan kembali Malaysia di andasan dengan menyingkir Najib dan kuncu kuncunya dengan segera,” tegasnya.
Dalam keputusan rasmi PRN Sarawak yang diumumkan malam tadi, BN kekal
menerajui pentadbiran negeri apabila menang 72 daripada 82 kerusi
Dewan Undangan Negeri (Dun) manakala masing-masing tujuh DAP dan tiga PKR.
Manakala Pas dan Amanah yang bertanding masing-masing 11 dan 13 kerusi gagal memenangi mana-mana kerusi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan