Selasa, 7 Oktober 2014

S'gor nafi luluskan pesta arak Oktoberfest

MALAYSIAKINI


 


Kerajaan Selangor menafikan meluluskan penganjuran pesta arak, Octoberfest anjuran syarikat arak Carlsberg semasa pentadbiran menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini.

Exconya Iskandar Abdul Samad (bawah) berkata, perkara berhubung pesta itu tidak pernah dibawa untuk perbincangan dalam mesyuarat exco.

"Terdapat tuduhan Oktoberfest diluluskan ketika pentadbiran TSKI (Khalid) dan empat exco PAS. Ini tidak benar.

“Ia tidak pernah di bawa kepada mesyuarat exco," kata anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS itu dalam Facebooknya.

Pesta turut mendapat bantahan pemimpin PAS dan NGO seperti Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILHAM) dan anggota Parlimen PAS kawasan Temerloh Nasruddin Hassan.

Pesta Octoberfest bermula sejak abad ke-19 lagi.

Peringkat Malaysia, untuk 2014, ia bermula di hotel Subang pada 24 September dan beberapa tempat di Selangor dan Kuala Lumpur.

Sambutan akhir dijadual diadakan di pusat membeli belah One Utama di Petaling Jaya daripada 10 hingga 12 Oktober dan dijangka menarik perhatian 12,000 orang penggemar bir.

Tiada ulasan: