Jumaat, 3 Oktober 2014

Selangor, polis terus pelihara ketenteraman rakyat

HARAKAHDAILY






KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor akan terus menyokong dan mendukung inisiatif Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangani masalah jenayah di negeri itu.

Selangor Kini melaporkan, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata beliau dan pimpinan baharu telah pun diberi taklimat tentang keadaan di negeri itu.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak PDRM yang telah mengambil inisiatif untuk menangani masalah jenayah di Selangor.

“Kita melihat indeks jenayah telah menurun atas usaha yang telah dimainkan PDRM, dan kerajaan negeri akan memberi sokongan dan dukungan kepada PDRM untuk terus menjamin keselamatan rakyat dan memelihara ketenteraman rakyat,” katanya dalam kunjungan hormat  ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor yang disambut oleh Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Samah, kelmarin.

Turut serta ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi dan anggta exco iaitu Zaidy Abdul Talib, Dr Daroyah Alwi dan Amirudin Shari.

Tiada ulasan: