Sabtu, 25 Oktober 2014

Segera! Tinggalkan MCA bagi mencapai usia tua




Oleh Chang Teck Peng 


Pada 12 Okt, di sesi penutup Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-61 presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai berbicara tentang bagaimana angka ahli MCA berkurangan dari 1.14 juta ke 1.06 juta. Alasan utama yang diberi ialah “ahli telah mati” namun “jumlah yang keluar parti amat rendah”.

Kenyataan ini memang wajar menjadi tajuk berita namun tidak ramai wartawan di sidang akhbar selepas itu bertanya tentangnya.

Daripada keahlian seramai 1.14 juta, terdapat pengurangan pada kadar 80,000, atau 6.98%. Mengapa Liow berkata angka tersebut amat kecil? Saya tidak pasti kerana tiada laporan dibuat tentangnya.

Apa sebenarnya ukuran bagi “angka yang kecil”? Jika jumlahlah kira-kira 80,000, berapa pula yang dikatakan keluar parti? Berapa pula agaknya yang telah menemui ajal mereka? Ada yang berpendapat, sebanyak 79,200 yang telah pergi takkan kembali. Namun ada yang berkata, jumlah ahli yang telah meninggal ialah 72,000.

Aiyoh, sungguh menghairankan kerana sama ia 79,200 ataupun 72,000, ia bukan jumlah kecil. Umno punyai 3.4 juta ahli pada Disember 2013, iaitu tiga kali ganda keanggotaan MCA. Namun berapa ramai ahli yang mati dalam tempoh setahun?

Menurut laporan yang dibentangkan setiausaha agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan di perhimpunan yang sama, tiga negeri iaitu Selangor, Johor dan Perak menyaksikan keanggotaan atau keahlian semakin merudum.

Di Selangor, MCA hilang 16,000 ahli, di Johor sebanyak 13,000 manakala di Perak, 15,000 tidak lagi bersama parti itu.

Statistik ini punyai implikasi terhadap politik tanahair kerana di negeri-negeri ini Pakatan Rakyat semakin mendapat tempat sejak PRU12 di 2008. Selangor semakin selesa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat manakala kedudukan PR di Perak kembali pulih selepas BN merampas kuasa pada tahun 2009 dahulu.

Walau oposisi gagal merampas kepimpinan di Johor, 5 kerusi parlimen dan 18 kerusi DUN berjaya dimenangi Pakatan Rakyat. Barisan Nasional juga hampir gagal mencapai kemenangan majoriti dua pertiga di negeri yang menjadi kubu kuatnya itu.

Dengan membandingkan statistik, kita percaya kekalahan MCA berhubung kait dengan peningkatan kerusi Pakatan Rakyat di negeri-negeri ini. Ia juga menampakkan bertapa sukarnya MCA memulihkan semangat di kalangan ahli-ahlinya.

Namun Liow berdegil dan enggan mengakui bahawa semakin ramai yang telah meninggalkan perjuangan MCA.

Maka hujahnya, ahli ramai yang telah mati. Waduh! Takkan itu punca 80,000 keahlian berkurangan.
Jika anggaran tersebut dikurangkan kepada 70% atau 56,000 ahli sekalipun, ia masih dianggap tinggi!

Atau mungkin pembantu beliau bodoh dungu kerana mahu menggunakan hujah tak masuk akal itu.
Maka mungkin parti perlu melaksanakan sistem kad tunai bagi para ahli membeli produk-produk agar terjamin kesihatan dan kekuatan mereka.

Atau mungkin lebih baik ahli-ahli MCA menggesa Liow menggaji pakar Feng Shui bagi mengubah atmosfera parti, supaya mereka bisa hidup lebih lama!-bm.theantdaily.comuf

Tiada ulasan: