Ahad, 12 Oktober 2014

Najib gagal didik rakyat melalui bajet

Oleh AZIZ MUDA 


KUALA LUMPUR: Bajet 2015 sepatutnya digunakan dengan sebaiknya oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak untuk mendidik rakyat tentang kedudukan ekonomi dan kewangan negara yang sedang berdepan dengan risiko untuk diturunkan penarafan negara oleh badan penarafan antarabangsa.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pada awalnya, Perdana Menteri kelihatan seperti sudah insaf dengan keadaan itu, tetapi pembentangan bajet 2015 pada 10 Oktober lalu jelas menunjukkan langkah konsolidasi fiskal hanya “melepas batuk ditangga.”

Menurut beliau, menerusi bajet itu perbelanjaan mewah diperuntukkan semacam tidak berdepan apa-apa masalah.

Katanya, perkara itu termasuklah peruntukan besar kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebanyak RM19 bilion, Pan Borneo Highway walaupun sudah sering kali disebut, projekprojek infrastruktur, pelbagai insentif cukai dan beberapa projek lain.

“Ini termasuk juga BR1M yang dinaikkan yang walaupun baik, tetapi sengaja berbelanja besar kerana takut hilang kuasa adalah sangat tidak berfanggungjawab,” katanya ketika dihubungi

Dengan tindakan yang dilakukan itu, Dr Dzulkefl y bertanya, apakah Najib mampu mengurangkan defisit fiskal, sekali gus mengelak penurunan penarafan atau Najib sendiri tidak kisah dengan bahaya itu.

Beliau turut bertanya, apakah Bajet 2015 akan mengalami nasib yang sama dengan yang lain dari segi ketirisan dan kebocoran yang akhirnya akan menggagalkan pencapaian program- program yang baik dan dasar yang juga boleh diperbaiki itu.

“Ini sangat malang. Sebab itu kami bentangkan Belanjawan Pakatan Rakyat sebagai penyemak imbang dan wujud persaingan sihat,” katanya.

Tiada ulasan: