Sabtu, 11 Oktober 2014

MH17: Mangsa warga Malaysia Ke-43 dikenal pasti Shaliza Zaini

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Jasad seorang lagi warga Malaysia, yang terkorban dalam tragedi MH17 dikenal pasti sebagai Shaliza Zaini Dewa, menurut Kementerian Pengangkutan pada Jumaat.
 
Allahyarham Shaliza Zaini, 45, adalah antara 298 orang yang terbunuh bila pesawat MAS Penerbangan MH17 jatuh di bahagian timur Ukraine pada 17 ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Pesawat itu ditembak jatuh di negara bergolak itu.
 
Beliau terkorban bersama suaminya Hans van den Hende dan anak-anak mereka – rakyat Australia Piers, 15; Marnix, 12 dan Margaux van den Hende, 8.  
 
Mereka dalam perjalanan pulang dari percutian di Amsterdam dan sepatutnya merayakan Aidilfitri bersama keluarga mereka di Kajang, Selangor, sebelum balik ke Melbourne. Mereka menetap di sana.  
Menteri Pengangkuktan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan berkata, sehingga kini, jasad 43 warga Malaysia sudah dikenal pasti daripada sejumlah 44 orang dalam MH17. 
 
"Dalam waktu penuh ujian ini, keluarga penumpang dan kru MH17 terus menjadi keutamaan kami," kata Liow.
 
Mengulas laporan berita mengenai topeng oksigen yang ditemui di leher seorang mangsa, Liow berkata, pengesahan seterusnya diperlukan daripada pasukan Malaysia di Netherlands oleh kerana siasatan dijalankan pihak berkuasa Belanda. 
 
"Spekulasi tidak wajar berhubung implikasi di sebalik topeng oksigen itu tidak perlu timbul, hinggalah penyiasat telah menyelesaikan siasatan mereka di tapak nahas," kata beliau. 
 
Beliau berkata keluarga mangsa perlu diutamakan bila sebarang maklumat disiarkan.

Tiada ulasan: