MALAYSIAKINI
Dari longkang sehingga lori sampah, tiada apa-apa terlalu remeh buat
Menteri Besar Selangor yang baharu, Azmin Ali - sekurang-kurangnya
itulah imej yang tergambar melalui publisiti yang menggelarkan beliau
sebagai Jokowi Malaysia.
Dengan
telefon pintar yang setiasa tersedia, penyokong Azmin telah membanjiri
media sosial dengan gambar beliau yang kelihatan seperti tidak kisah
untuk mengotorkan kemeja putih lengan pendeknya sewaktu turun padang.
Gambarnya sewaktu memanjat lori sampah pagi semalam mengingatkan kita
kepada sidang media di tapak pembuangan sampah oleh Presiden Indonesia,
Joko Widodo, yang meningkat popular dalam politik secara sekelip mata.
Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi dikenali ramai dengan
gaya 'blusukan' (istilah Indonesia untuk turun padang) sejak beliau
berkempen untuk jawatan gabenor Jakarta lagi sebelum menang pemilihan
presiden Indonesia.
Namun,
Azmin menggunakan istilah "terjah', istilah dengan rujukan budaya
popular yang biasanya merujuk kepada situasi apabila selebriti didatangi
wartawan dan jurugambar secara mengejut.
Istilah itu diguna Azmin sewaktu membalas twit seorang penyokongnya yang
menghantar imej beliau memanjat lori sampah ke laman blog mikro
Twitter.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan