KL TODAY
KUALA LUMPUR:
Duta Venezuela ke Malaysia, Manuel Guzman Hernandez melahirkan rasa
prihatin dengan laporan rakyat Amerika Latin disabitkan dalam kecurian
wang dari mesin juruwang automatik (ATM) di negara ini.
Beliau
berkata siaran identiti kononnya mereka merupakan rakyat Amerika Latin
atau semata-mata disyaki tanpa terlebih dahulu disahkan pihak berkuasa
sebagai tidak wajar.
“Wilayah Amerika Latin mengandungi 600 juta orang yang akar etniknya adalah pelbagai dari beberapa tempat di seluruh dunia.
“Saya
ingin tegaskan, tiada pengesahan identiti mereka yang terlibat dengan
kecurian mesin ATM,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan
kedutaan Venezuela pada Jumaat.
Manuel
berkata duta-duta dari negara Amerika Latin di Malaysia telah bertemu
dengan pihak berkuasa untuk menjalin kerjasama berhubung perkara itu.
Sindiket
yang dipercayai terdiri daripada warga Amerika Latin dilaporkan telah
menggodam wang bernilai RM1.271 juta dari bank di Johor, Melaka dan
Selangor.
Dalam kes terbaharu, polis menerima laporan sebuah bank di Kota Damansara kehilangan wang bernilai kira-kira RM300,000.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan