Selasa, 21 Oktober 2014

ISIS: PAS kongsi pandangan dalam forum khas RTM, 22 Okt

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: PAS akan berkongsi pandangan berhubung isu kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) dalam satu forum khas terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 22 Oktober ini.

Forum bertajuk 'Isu Khas ISIS: Ideologi Revolusi Baru?' itu akan disiar secara langsung di RTM1 dari studio 1, Wisma TV Angkasapuri bermula jam 9 malam.

Mewakili PAS adalah Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi yang akan bergandingan dengan dua lagi panel iaitu Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin dan Bekas Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan.

Syed Azman ketika detemui berkata, dalam forum tersebut beliau akan menjelaskan pendirian PAS terhadap ISIS dan pandangan gerakan Islam lain terhadap kaedah dan pendekatan yang digunakan kumpulan itu.

PAS menurutnya, telah membuat ketetapan menolak kaedah pejuangan ISIS yang didakwa bercanggah dengan syariat Islam.

Pemimpin ISIS katanya gagal memahami fekah jihad dan ijmak ulamak sepakat menolak pendekatan mereka dalam menegakkan khilafah.

"Apa yang kita saksikan sekarang ini berlakunya salah tafsir kepada perjuangan Islam dan jihad itu sendiri.

"Kita boleh lihat di Iraq dan Syria peperangan bukan berlaku dengan kolompok lain tetapi kelompok Islam sendiri. Tak beri baiah kepada ISIS dianggap musuh

"Ini menimbulkan perlbagai bentuk fitnah terhadap Islam iatu sendiri," katanya.

Syed Azman yang juga Pengerusi Asia Forum For Peace And Development (AFPAD) yang baru dibentuk berkata, PAS sejak sekian lama menggunakan pendekatan 'muajahah silmiyah' (pendekatan damai) menyebarkan mesej Islam di bumi Malaysia ini.

Dalam pada itu, PAS katanya telah memberi amaran keras kepada ahlinya agar tidak terlibat dengan kumpulan ISIS ini. - HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: