PETALING JAYA: Penguatkuasaan
yang tegas perlu dilaksanakan meskipun penganut bukan Islam tidak
sepatutnya dilarang meminum arak, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang.
Menurut
beberapa laporan berita dalam talian, Presiden PAS itu dilaporkan
sebagai berkata pada Isnin bahawa parti tersebut tidak menghalang
sesuatu yang dibenarkan oleh agama lain, tetapi kawalan diperlukan.
Beliau bagaimanapun berkata, garis panduan diperlukan supaya tidak menyentuh sensitiviti orang Islam.
"Sebagai
contoh apabila mereka dibenarkan melakukan sesuatu perkara dalam agama
mereka, terdapat keperluan untuk mengadakan kawalan supaya ia tidak
menyentuh sensitiviti masyarakat Islam juga agama-agama lain yang tidak
bersetuju dengan apa yang mereka lakukan," katanya sambil menambah
bahawa agama-agama lain seperti Islam, tidak membenarkan penganutnya
untuk melakukan aktiviti-aktiviti tidak bermoral.
"Tanya sami, tanya paderi, saya rasa mereka pun tidak bersetuju. Sebab itu perlu tapis semua ini," kata Abdul Hadi.
PAS
Presiden menjawab persoalan mengenai penganjuran pesta Oktoberfest yang
menerima tentangan kuat daripada banyak pihak dan pertubuhan, termasuk
ahli-ahli politik dari PAS yang mahu acara itu dibatalkan apabila
penganjur tidak mempertimbangkan sensitiviti masyarakat Islam.
Sabtu
lalu, Ahli Parlimen Seputeh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
Kinrara telah memuat naik gambar-gambar parti Oktoberfest yang diadakan
di One Utama, yang turut dihadiri oleh Exco Selangor, Elizabeth Wong
dan Ean Yong Hian Wah, serta Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.
Di
dalam satu kenyataan di Facebook, Kok menulis bahawa beliau memutuskan
untuk menghadiri parti itu selepas "pihak tertentu" cuba untuk membantah
penganjuran majlis itu.
PAS
Selangor pada minggu lalu menggesa supaya Kerajaan Selangor mengubah
lokasi atau membatalkan acara itu, yang disifatkan tidak menghormati
sensitiviti agama dan budaya masyarakat Islam.
Festival
itu, yang diadakan pada Jumaat lalu, telah berpindah lokasi dari tempat
letak kereta terbuka di aras bawah pusat membeli-belah itu kepada
sebuah kawasan di tempat letak kereta di aras empat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan