Rabu, 8 Oktober 2014

Dewan Rakyat perlukan pembaharuan – Surendran

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat perlukan pembaharuan kerana tidak menjalankan fungsi yang diharapkan sebagai badan penggubal undang-undang di sebuah negara demokrasi, kata Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran.

Katanya, pembangkang di negara ini tidak mempunyai peluang membawa usul untuk dibahaskan kerana dewan hanya ditumpukan kepada kerajaan sahaja.

n_surendran“Ini berbeza dengan UK dan parlimen Komanwel lain di mana ‘hari pembangkang’ di berikan bagi membolehkan usul pembangkang dibahaskan.

“Keengganan untuk memperuntukkan ‘hari pembangkang’ melumpuhkan fungsi utama Dewan Rakyat sebagai penyemak kuasa Eksekutif,” ujarnya.

Surendran berkata, masa juga tidak diberikan kepada Rang Undang-undang Ahli persendirian (Private Member Bills) sekaligus memberi ruang kepada kerajaan meluluskan undang-undang baru dan mencegah perbincangan mengenai undang-undang yang penting.

Tambahnya lagi, ahli parlimen juga perlu memberi soalan kepada menteri beberapa minggu awal yang menjadikan soalan itu basi dan dicegah untuk bertanya perkara melibatkan kepentingan negara.

“Ini adalah berbeza dengan UK, Australia, Kanada dan negara-negara Komenwel yang lain di mana soalan boleh ditanya kepada menteri pada notis yang singkat atau tiada langsung notis.

“Bertambah buruk lagi apabila perkara yang mendesak usul segera yang dibawa oleh pembangkang yang dibenarkan oleh perintah tetap, tidak pernah dibenarkan untuk dibahaskan oleh Speaker,” katanya dalam satu kenyataan media.

Surendren mencadangkan kerajaan melaksanakan pembaharuan segera bagi membolehkan hari pembangkang dilaksanakan selain membenarkan Rang Undang-undang Persendirian, memendekkan notis untuk soalan kepada menteri dan penelitian Rang Undang-undang oleh jawatankuasa terpilih.

Tiada ulasan: