Khamis, 2 Oktober 2014

Aziz Bari disiasat sejam, pilih berdiam diri

MALAYSIAKINI


 


Pakar perlembagaan dan profesor undang-undang Abdul Aziz Bari disoal siasat selama sejam oleh pihak polis di bawah Akta Hasutan hari ini, tetapi beliau memilih untuk berdiam diri dan tidak menjawab sebarang soalan.

Abdul Aziz disoal siasat di ibu pejabat polis daerah Sabak Bernam pagi ini ekoran laporan polis dibuat terhadapnya berhubung komennya dalam dua artikel yang disiarkan dalam The Malaysian Insider.

Artikel pertama bertajuk 'Sultan Selangor terikat deklarasi 1992, perlu lantik Wan Azizah, kata Aziz Bari' dan satu lagi artikel bertajuk ‘Only God, not Sultan, has absolute powers, says legal expert’

Dua wartawan The Malaysian Insider telah diambil kenyataan mereka berhubung dua artikel tersebut.

Menurut salah seorang peguamnya, Afiq M Noor dari Lawyers for Liberty, Abdul Aziz memutuskan untuk menggunakan Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah (CPC), yang membenarkan seseorang itu untuk berdiam diri.

Dr Dheeraj Bar merupakan seorang lagi peguam yang menemani Abdul Aziz ke balai polis.

"Kami tidak diberitahu apakah langkah seterusnya. Mereka akan memaklumkan kepada kami," kata Afiq kepada Malaysiakini, sambil berkata sesi soal siasat itu berakhir pada kira-kira jam 12.30 tengahari.

Tiada ulasan: