Sabtu, 11 Oktober 2014

300 sertai protes kenaikan minyak


Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat (tengah) berucap ketika menyertai protes Kenaikan Harga Minyak (Satira 20 sen) anjuran Pemuda Pas di Kuala Lumpur, hari ini. – Foto Sinar Harian Online oleh YUSRIZAL YUSUF AHMAD Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat (tengah) berucap ketika menyertai protes Kenaikan Harga Minyak (Satira 20 sen) anjuran Pemuda Pas di Kuala Lumpur, hari ini. – Foto Sinar Harian Online oleh YUSRIZAL YUSUF AHMAD
 
 
KUALA LUMPUR - Hampir 300 peserta terdiri daripada Pemuda Pas, Gerakan Turun Kos Sara Hidup ( Turun) dan NGO menyertai protes Kenaikan Harga Minyak (Satira 20 sen) anjuran Pemuda Pas sedang berlangsung di sekitar Jalan Raja Laut, Kuala  Lumpur.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, protes ini dilakukan bagi membuka mata kerajaan terhadap kenaikan harga minyak yang dilihat membebankan rakyat.

Peserta bantahan turut melaungkan slogan agar menurunkan harga minyak.

Ekoran tindakan kumpulan itu menyebabkan kesesakan kepada lalu lintas di sekeliling kompleks beli belah, Sogo.

Bantahan bermula di Jalan Abdul Rahman, mengelilingi Kompleks Sogo dan berakhir di Jalan Semarang di Kompleks Beli-belah Pertama, bersebelahan Kompleks Sogo.

Minggu lalu, kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter berkuatkuasa jam 12.01 pagi, 2 Oktober.

Dengan ini, harga runcit baharu bagi petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter

Tiada ulasan: