Rabu, 28 Mei 2014

PRK Teluk Intan: Umno ‘pening’ PAS sokong Dyana

image (11)


Roketkini.com


TELUK INTAN: Barisan Nasional khususnya Umno kini semakin ‘pening’ untuk menghadapi Pilihanraya Kecil (PRK) Teluk Intan selepas melihat sokongan padu jentera PAS terhadap calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, Umno sebelum ini berharap PAS tidak akan memberikan sokongan kepada Dyana, terutama selepas hubungan antara PAS dan DAP dilihat tegang ekoran isu hudud.

“Umno harap PAS tak akan sokong Dyana, dengan harapan undi Melayu yang menyokong kami akan pergi kepada mereka.

“Namun kini mereka jadi serabut, selepas melihat kerjasama baik (jentera PAS sepanjang kempen),” katanya ketika sesi ramah mesra bersama media di Kampung Padang Tembak, di sini petang tadi.

Sebelum ini, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan komitmen parti itu untuk menggerakkan seluruh jentera untuk berkempen membantu DAP dalam PRK ini.

Presiden PAS itu juga memuji ‘keberanian’ Dyana kerana menyertai DAP yang sering ditohmah sebagai parti ‘chauvinis’.

Program diadakan di kediaman Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Muhaimin Sulam, serta turut disertai Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub. – Roketkini.com

Tiada ulasan: