Sabtu, 3 Mei 2014

Pendidikan Malaysia makin teruk akibat campur tangan politik



3.Pejabat pembangkang tinkat 13-sesi zairil-blok menara (22)




KUALA LUMPUR: Campur tangan politik dan tiadanya kebebasan akademik merupakan punca utama pendidikan Malaysia semakin merudum sehingga langsung tidak tersenarai dalam kedudukan terkini Times Higher Education (THE).

Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari berkata, di saat senarai lima teratas THE diungguli negara Asia, Malaysia sekali lagi gagal menempatkan diri dalam arena global.

Menurutnya, halangan terhadap golongan profesional daripada bercakap di universiti-universiti kecuali jika individu itu dari kalangan pemerintah turut menjadi punca utama merosotnya standard pembelajaran negara.

“Jika golongan profesional dihalang daripada bercakap, bagaimana kita mengharapkan pelajar universiti dapat mengembangkan pemikiran kritikal.

“Apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melawat Universiti Malaya minggu lalu, beliau bukan saja dibenarkan bercakap tetapi disambut umpama wira. Jelas sekali, terdapat campur tangan politik, ini tentunya tidak baik bagi sebuah institusi yang bertujuan untuk memupuk pemimpin masa depan.

Zairil merujuk kejadian terbaru di universiti tersebut apabila peguam Datuk S. Ambiga dihalang daripada berucap dalam suatu acara yang dianjurkan persatuan pelajar undang-undang institusi terbabit.

Ambiga dihalang daripada hadir dan berucap mengenai litigasi kepentingan awam, tajuk yang amat relevan dengan penuntut undang-undang masa kini.

“Universiti awam kita juga kekurangan autonomi dalam urustadbir. Ini terbukti apabila pelantikan kakitangan utama seperti Naib Canselor diputuskan di peringkat politik dan bukannya oleh lembaga univerisiti itu sendiri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zairil yang juga Penolong Setiausaha Publisiti DAP menyatakan, satu lagi masalah besar yang membelenggu para pelajar adalah wujudnya undang-undang yang terus menghadkan kebebasan mahasiswa seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Tambah beliau, universiti tempatan kini bukan saja kehilangan faktor penarik, akibat kualiti yang merosot malah dikuatkan dengan faktor penolak hingga mengakibatkan ramai pakar akademik memilih untuk meninggalkan negara dan berkhidmat di luar.

“Nama-nama seperti KS Jomo, Syed Farid Alatas, Wang Gung Wu, Johan Saravamuttu dan Azly Rahman semuanya telah meninggalkan Malaysia untuk berkhidmat di institusi luar negara.

“Kita bukan saja kehilangan faktor penarik tapi terbelenggu dengan faktor penolak yang kuat sehingga mengakitbatkan pengaliran keluar pakar akademik yang sangat teruk.

“Jika isu-isu asas ini tidak diselesaikan, universiti Malaysia akan berterusan merosot dan menjunam,” ujarnya. -Roketkini.com

Tiada ulasan: