MALAYSIAKINI
Seorang pemimpin MCA berkata, beliau melihat pensyarah kontroversi
Ridhuan Tee Abdullah cuba berlagak alim tetapi melakukan tindakan
bertentangan dengan agama sendiri apabila menyeru orang Islam menyusup
masuk ke gereja.
Datuk Koo Chin Nam, timbalan pengerusi badan bertindak khas MCA
berhubung pelaksanaan syariah berkata, beliau juga melihat Ridhuan, yang
berketurunan Cina itu, berusaha keras untuk melupakan asal usulnya.
Beliau juga menyeru agar masyarakat mengabaikan kenyataan Ridhuan itu.
"Lagi pun, tindakannya menunjukkan dia suka mencari perhatian dan
berusaha keras dalam kegagalan untuk melupakan asal usul Cinanya dengan
menyerang keturuannya sendiri dan agama lain selepas beliau memeluk satu
agama, hanya untuk membuktikan kesuciannya yang lebih alim dari orang
alim.
"Bagaimanapun, kenyataannya dalam Sinar Harian bahawa 'Saya
harap ada umat Islam yang boleh menyamar masuk ke gereja dan dengar apa
yang dibincangkan' amat tidak wajar sebagai seorang Cina Muslim
terpelajar," katanya.
Tambahnya, tulisan yang menghasut seperti itu boleh menyebabkan salah faham yang serius.
"Beliau melampaui batas toleransi rakyat Malaysia yang cintakan keamaan
ke atas golongan taksub berfikiran sempit yang ingin menyemai kecurigaan
dan ketidakstabilan dalam negara pelbagai kaum dan pelbagai agama.
"Tentulah, Islam sebagai agama yang mula tidak menyokong atau
menganjurkan kepada pengikutnya untuk menceroboh ke rumah ibadat agama
lain untuk mencari kesalahan atau membuat kekacauan.
Koo turut menggesas polis untuk menyiasat Ridhuan mengikut undang-undang
hasutan atas kenyataan terbaru pensyarat tersebut, yang menurutnya
menggalakkan orang Islam melakukan jenayah.
Katanya, pensyarah tersebut sepatutnya memikirkan bahawa tindakan yang
dianjurkannya itu boleh menjadi tidak terkawal sehingga menjadi pelakuan
jenayah.
Koo berkata Riduan sepatutnya melihat kepada kebaikan Islam dan
menghentikan serangannya ke atas gereja sekiranya benar-benar ingin
menyerlahkan kelebihan Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan