Ahad, 25 Mei 2014

Lagi demo bantah kenyataan Umno 'celaka'

MALAYSIAKINI


Pemuda Umno sekali lagi mengadakan perhimpunan secara aman bagi membantah tindakan ADUN Seri Delima RSN Rayer yang menggelar pemimpin Umno celaka dalam sidang DUN Pulau Pinang Selasa lalu.
 
Kali ini hampir 500 ahli pemuda Umno bahagian Tanah Merah berhimpun. 
 
Turut hadir ahli Parlimen Tanah Merah Datuk Ikmal Abdul Aziz yang menyerahkan memorandum kepada penasihat DAP, Lim Kit Siang, lapor Mingguan Malaysia.
 
Ikmal, bantahan tersebut bagi mendesak Rayer memohon maaf secara terbuka kerana mengeluarkan kenyataan “biadap”.
 
“Beliau tidak perlu berselindung di sebalik imuniti sebagai ADUN untuk mengeluarkan kenyataan biadap dan bersikap perkauman.
 
“Oleh itu, mencabar beliau membuat permohonan maaf secara terbuka serta menarik balik kenyataan tersebut,” beliau dipetik sebagai berkata.
 
Ikmal juga menegaskan jika benar DAP tidak sependapat dengan kenyataan Rayer yang telah menyinggung perasaan Umno dan orang Melayu itu, DAP perlu mengambil tindakan tegas ke atas Rayer.
 
“DAP perlu membuktikan bahawa bukan parti perkauman dan tidak berkongsi pendapat dengan Rayer yang jelas adalah seorang yang rasis apabila membuat kenyataan sedemikian.
 
“Namun, sekiranya DAP mengambil tindakan terhadap Rayer itu membuktikan tindakan parti berkenaan meletakkan calon Melayu dalam Pilihan Raya Kecil Teluk Intan adalah satu sandiwara semata-mata,” katanya.
 
Sementara itu, Ikmal berkata akan akur kepada saranan Presiden Umno, Datuk Seri Najib yang menggesa supaya ahli parti tidak bersikap biadap bagi mengelak daripada mencemar nama baik parti itu.
 
Pada Selasa lalu, RSN Rayer mengeluarkan kenyataan menggelar beberapa pemimpin Umno celaka sehingga mencetuskan kemarahan di kalangan ahli Umno di Pulau Pinang sehingga bertindak menimbulkan kekecohan dalam Dewan Undangan Negeri.
 
Bagaimanapun Khamis lalu, Rayer menegaskan enggan memohon maaf mengenai kenyataan itu biarpun beliau bimbang akan keselamatan dirinya.
 
Keadaan itu menyebabkan ahli Pemuda Umno melakukan demonstrasi di hadapan ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur.
 
Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Mohd Rafii memberi amaran keras kepada DAP, akan mengancam akan membakar ibu pejabat parti itu jika wakil rakyatnya membuat lagi kenyataan yang menghina parti mereka.
 
Selepas ibu pejabat DAP semalam, pejabat parti DAP di Kuantan pula menjadi sasaran serangan sekumpulan individu pada Jumaat lalu.
 
Sebelum itu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini berkata telah mengarahkan anggota sayap kanan parti itu untuk bertenang daripada melakukan sebarang kekecohan seperti sebelum itu.
 
Kekecohan yang berlaku menyebabkan Najib menggesa menggesa pergerakan itu tidak bertindak secara keterlaluan ekoran kenyataan kontroversi pemimpin DAP.

Tiada ulasan: