Penganjuran seminar yang mengingatkan umat Islam mengenai usaha
memurtadkan oleh kumpulan Kristian tidak salah kerana ia melindungi
agama dan selaras dengan tuntutan perlembagaan, kata seorang tokoh
sarjana Islam.
Merujuk seminar berkaitan Kristian di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Pengerusi Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Dr Aznan Hasan berkata dalam Islam usaha itu menjadi tanggungjawab pemerintah bagi memastikan kefahaman rakyat bertepatan syarak.
"Pihak ISMA tidak terlibat langsung dalam penganjuran program tersebut, tetapi saya menyokong program tersebut kerana pada saya, ia tidak bertentangan dengan syarak, bahkan menepati maqsad 'hifz al-din' (tujuan menjaga agama) yang perlu dilakukan," katanya.
Mengulas langsung terhadap komentar mengenai seminar itu oleh Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (kanan), Aznan - profesor madya dari UIA - itu berkata kenyataan mantan mufti Perlis itu sebenarnya mewajarkan seminar itu berlangsung.
Anggapan Mohd Asri bahawa adalah biasa bagi kumpulan Kristian menyebarkan agama mereka, maka Dr Aznan berpendapat bahawa tokoh agamawan tersebut bersetuju sememangnya wujudnya usaha kristianisasi di negara ini.
"Tetapi mengadakan seminar untuk menyedarkan umat tentang kebenaran Islam dan ketidakbenaran agama lain adalah bertepatan dengan manhaj qur’ani (mengikut metod Al-Quran).
"Di mana silapnya seminar tersebut dan apa kaitannya dengan kegiatan extremis dan boleh menggangu gugat keharmonian negara? Saya kurang faham," katanya.
Mohd Asri dipetik The Malaysian Insider sebagai berkata bahawa semua pemimpin agama merasakan agama mereka yang benar dan menyeru orang menyertai mereka.
Beliau juga berkata perkata itu adalah "biasa" dan tidak boleh membenarkan reaksi "kecoh" sebagai tindak balas jika "negara berada dalam kecemasan".

Tiada ulasan:
Catat Ulasan