Isnin, 12 Mei 2014

Ikhlas buat laporan polis terhadap Pengarah Imigresen NS


Pengarah Imigresen Negeri Sembilan telah gagal dan cuai melaksanakan tugas sebagai penjawat awam.

Ikhlas buat laporan polis


SEREMBAN: Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah hari ini membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Seremban terhadap Pengarah Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Omar.

Dalam laporan polis tersebut Mohd Ridzuan berkata Faizal Fazri selaku Pengarah Imigresen Negeri Sembilan telah gagal dan cuai melaksanakan tugas sebagai penjawat awam dalam menangani isu pendatang asing yang telah melanggar Akta Imigresen.

Mohd Ridzuan berkata disebabkan itu telah wujud peniaga-peniaga warga asing haram yang berani melanggar peraturan kerajaan.

“Mereka (peniaga warga asing haram) menyekat periuk nasi peniaga tempatan khususnya peniaga Melayu. Duit hasil perniagaan mereka kirim ke negara asal melalui money changer tanpa membayar cukai perniagaan (Lembaga Hasil Dalam Negeri)

“Rasuah melibatkan penjawat awam berkenaan dan penambahan kerakyatan pendatang asing.
“Pasar malam, Uptown, Bazaar Ramadhan, kawasan kampung dan bandar telah dimonopoli.
“Terlibat dengan gejala sosial, kongsi gelap, jenayah kekerasan dan harta benda awam.

“Kewujudan MyKad dan Passport Antarabangsa klon dan membawa penyakit merbahaya,” katanya.

Mohd Ridzuan menambah, pada 5 Mei, 2014, Ikhlas telah membuat sidang media berkenaan isu warga asing haram dan mendesak pihak imigresen untuk membuat tangkapan.

“Pada hari yang sama pihak Imigresen telah membuat tangkapan seramai 40 warga asing yang berniaga dan menyalahi undang-undang Imigresen.

Mohd Ridzuan Abdullah“Ini menunjukkan bukti yang amat jelas bahawa kenyataan sidang media Ikhlas adalah benar. Oleh itu Pengarah Imigresen Negeri Sembilan harus diambil tindakan tatatertib.

“Saya juga mohon Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) membatalkan lesen peniaga ‘Ali Baba’ bagi mengelakkan rasuah.

“Ikhlas beri tempoh satu bulan dari tarikh laporan polis ini dibuat kepada jabatan-jabatan berkaitan untuk mengambil tindakan,” ujar beliau.
Mohd Ridzuan meminta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) melakukan pemantauan.

“Tujuan laporan polis ini adalah untuk tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi; Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim; Ketua Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan untuk rujukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” jelas Mohd Ridzuan

Tiada ulasan: