Selasa, 20 Mei 2014

BN bayang kronisme sebagai 'politik adil'?

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: BN hari ini seperti mengesahkan mereka mementingkan politik kronisme dalam mengetengahkan calon bagi satu-satu pilihan raya yang disifatkan mereka sebagai 'politik adil'.

Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Maslan berkata, mereka menginginkan sama ada ketua bahagian atau presiden parti menjadi calon.

"Kita ingin orang nombor satu dalam satu-satu tempat itu sama ada dia ketua bahagian atau presiden parti. Jadi kita letak (Datuk) Mah (Siew Keong) sebagai calon," katanya merujuk kepada calon Pilihan Raya Kecil Teluk Intan.

Beliau menegaskan politik BN adalah politik adil di mana parti memberi peluang kepada seseorang calon yang layak di tempatnya.

Ia dibuktikan menerusi pencalonan Mah yang juga Presiden Gerakan, sebagai wakil BN pada PRK Teluk Intan itu.

"Itulah maksud adil iaitu meletakkan sesuatu di tempatnya. Di sini, 43 peratus pengundi adalah orang Cina, jadi kita letak calon Cina," katanya yang juga Timbalan Menteri Kewangan.

Beliau dilaporkan mengulas kenyataan Setiausaha DAP, Lim Guan Eng yang menyifatkan pencalonan Dyana Sofya Mohd Daud mewakili DAP sebagai sebahagian politik baharu. -

Tiada ulasan: