Isnin, 12 Mei 2014

Azmin mahu jawatankuasa baru urus pemilihan

MALAYSIAKINI


 


Penyandang Timbalan Presiden Azmin Ali mahu satu jawatankuasa khas pemilihan menggantikan  Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yang dilihat gagal mengurus proses pemilihan dengan efisyen.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu masih di peringkat perbincangan PKR Pusat dan akan diputuskan dalam tempoh terdekat.

"Saya telah cadangkan satu unit jawatankuasa khas untuk mengurus proses pemilihan dengan lebih baik.

"Ada baiknya jika jawatankuasa itu bebas dan dibantu pegawai yang profesional," katanya ketika ditemui selepas menghadiri perasmian Bilik Gerakan Keadilan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, di Pulau Pinang.

Berkata juga berkata sudah menjangka kekecohan dan pembatalan keputusan pemilihan lebih setengah cabang parti itu di Selangor akan berlaku.

Bagaimanapun beliau tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

"Kita akan bersabar menantikan keputusan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP)," kata beliau kepada Malaysiakini.

Semalam kekecohan berlaku di lebih 13 cabang PKR Selangor ketika pemilihan dijalankan, menyebabkan proses pengundian tidak dapat dijalankan.

Johari akan mengumumkan keputusan rasmi parti berkaitan insiden itu hari ini.

Berdasarkan keputusan rasmi sehingga 4 Mei yang diperoleh Malaysiakini, Azmin mendapat 9,876 undi mendahului Khalid (6,217) dan Saifuddin (5,717).

Sementara itu, sumber rapat dengan Azmin mendakwa sabotaj yang berlaku dibuat sendiri oleh JPP bagi mengekang kemenangan penyandang kerusi itu.

"Menyedari Selangor adalah kubu kuat Azmin Ali dan mempunyai ahli paling ramai, JPP yang dikepalai (Datuk) Johari Abdul dan (Datin Paduka) Tan Yee Kew telah dengan sengaja membatalkan pengundian beberapa seluruh Selangor," kata sumber itu kepada Malaysiakini.

Johari ketika dihubungi berkata akan memberi komen berhubung dakwaan itu dalam sidang medianya hari ini.

Tiada ulasan: