Sabtu, 15 September 2012

14 anggota PKR dilarang masuk ke Sabah

 
Umno-BN masih mengamalkan dasar politik menekan dan menindas terhadap lawannya.



PETALING JAYA: Empat belas anggota PKR yang diketuai oleh Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali dilarang memasukki negeri Sabah setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira jam 3.20 petang tadi.

Menurut Setiausaha Politiknya Hilman Idham, mereka dilarang masuk ke Sabah oleh pihak imigresen dan terus dihantar pulang ke Kuala Lumpur.

“Sebaik menjalani pemeriksaan di kaunter imigresen, saya telah ditahan dan dimaklumkan bahawa terdapat arahan melarang saya memasuki negeri Sabah menerusi Notis Penolakan Masuk ke Sabah Seksyen 65 (1)(a) Akta Imigresen atas arahan Ketua Menteri Sabah.

“Notis tersebut telah ditandatangani oleh Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Fenny Fiona,” katanya dalam satu kenyataan media petang tadi.

Hilman Idham menegaskan, ketika negara bakal meraikan sambutan ulangtahun penubuhan Malaysia yang ke-49, amalan politik menekan dan menindas sebegini masih lagi menjadi budaya khususnya di kalangan pimpinan Umno-Barisan Nasional.

“Saya menyifatkan tindakan ini sebagai zalim serta menafikan hak asasi saya sebagai warganegara Malaysia.

“Tujuan saya ke Sabah adalah atas urusan kerja dan adalah tidak adil bagi pihak imigresen negeri Sabah melakukan tindakan yang tidak profesional sebegini,” katanya.

10 ulasan:

Unknown berkata...

Bagus jugalah kalau mereka ini langsung tidak masuk ke Sabah.

Unknown berkata...

Kita harap penjelasan akan diberikan berhubung halangan yang dibuat kepada 14 anggota PKR ini.

Unknown berkata...

Betulkah ada salahguna kuasa imigresen?harap ada penjelasan kepada rakyat tentang sekatan ni.

Unknown berkata...

waktu pilihanraya Sarawak dulu pun ada juga individu yang disekat di lapangan terbang ketika berada di lapangan terbang. ini adalah atas sebab2 keselamatan.

mantera berkata...

kerajaan Sabah mmg ada kuasa menghalang mana2 dari memasuki sabah.

mantera berkata...

mereka masuk pasti ada sebab tk baik, sebab itu dihalang.

Unknown berkata...

Mereka dilarang masuk ke Sabah sampai bila agaknya?

Unknown berkata...

Ikut sajalah arahan kalau sudah dilarang masuk.

Mumbai berkata...

Tidak ada istilah zalim atau menafikan hak asasi warganegara Malaysia bagi tindakan menghalang mana-mana pihak dari memasuki Sabah jika tujuan pihak yang disekat itu berpotensi untuk memudaratkan pentadbiran negeri Sabah.

Read More: Borneo Bullet

Mumbai berkata...

Sudah tentu Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman mempunyai alasan beliau sendiri kenapa tindakan itu perlu diambil. Dan sebagai Ketua Menteri Sabah, sudah tentu beliau akan menggunakan kuasa yang ada pada beliau untuk melakukan tindakan-tindakan pencegahan. Jika ada apa-apa berlaku di negeri ini, siapa yang lebih dulu akan dipersalahkan jika bukan Ketua Menteri?

Read More: Borneo Bullet