Ahad, 1 Julai 2012

Tidak Boleh Guna Kad Kredit Bayar Cukai Pendapatan




PETALING JAYA: Orang ramai tidak boleh membayar cukai pendapatan mereka menggunakan kad kredit pada masa ini berikutahn Kementerian Kewangan telah menolak cadangan untuk membenarkannya.

Pegawai Perhubungan Awam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Masrun Maslin berkata, bagaimanapun, LHDN berharap supaya cadangan itu boleh dilaksanakan pada masa akan datang.
Beliau berkata, sebab penolakan itu kerana kementerian tidak orang ramai membuat pinjaman untuk membayar hutang yang lain.

“Kami tidak mempunyai masalah untuk membenarkan orang ramai untuk membayar cukai menggunakan kad kredit tetapi ia terpulang kepada Kerajaan untuk meluluaskan cadangan itu.

“Sebagai agensi pelaksana, kita mahu membantu meringankan beban pembayar cukai,” katanya.

“Jika membayar dengan kad kredit boleh meringankan beban mereka, kenapa tidak,” katanya pada Sabtu.

Masrun berkata, salaj satu faedah membayar untuk barangan dan perkhidmatan menggunakan kad kredit adalah pengguna boleh mengumpul mata dan menebusnya sebagai hadiah.

Beliau berkata, LHDN menerima banyak cadangan daripada orang ramai melalui surat, emel serta maklum balas daripada seminar yang meminta Kerajaan untuk membenarkan cukai yang perlu dibayar menggunakan kad kredit.

“Sehingga hari ini, kita masih mendapat jawapan daripada mereka yang mencadangkan langkah itu.
“Pandangan peribadi saya adalah kita seharusnya mengkaji kebaikan dan keburukan yang membolehkan pilihan pembayaran sedemikian,” katanya.

Dilaporkan bahawa LHDN menerima 2.1 juta borang secara e-Filing pada tahun ini berbanding 1.8 juta bagi medium tersebut dalam tempoh yang sama tahun lepas.

LHDN bermatlamat untuk mengumpul RM110 bilion cukai tahun ini.

Tiada ulasan: