Rabu, 25 Julai 2012

Tiada Jaminan Harga Barang Naik

JASIN DAILY


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak boleh dipersalahkan dalam masalah kenaikan harga barangan makanan yang dimasak, kata Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

 Beliau berkata, ini kerana kementeriannya tidak mempunyai kuasa untuk mengambil sebarang tindakan terhadap peniaga yang menjual barangan makanan dengan harga yang tinggi.

"Kementeriannya hanya sekadar boleh memberikan nasihat kepada peniaga. Terpulang kepada kebijaksanaan pengguna untuk membuat pilihan bijak," katanya kepada pemberita selepas melawat bazar Ramadan di Presint 2 di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini, mengenai terdapat hotel yang mengenakan harga yang mahal dalam buffet Ramadan mereka. Bagaimanapun katanya, kementerian sentiasa memantau bagi memastikan semua peniaga di bazar Ramadan meletakkan tanda harga.

 "Jadi dengan ada tanda harga pengguna boleh membuat pilihan sama ada untuk membeli makanan yang harga murah atau sebaliknya," katanya. Ismail Sabri berkata, tetapi setakat pemantauan yang dibuat di bazar Ramadan tersebut harga adalah memuaskan dan masih sama dengan tahun lepas. - Bernama

1 ulasan:

konfiusdotcom berkata...

Saya ada buat kajian lebih 300 barang2 di Tesco, Mydin, Giant dan 99 Speedmart. Takde kesempatan lagi untuk Carrefour. List tu belum complete. Tapi saya ada buat summary list membandingkan semua harga barang untuk lebih 20 barang dan dapat berjimat RM40 untuk 20 barang. List barang2 tu boleh download kat http://www.konfius.com
Sebenarnya list ni utk mak saya dan saya harap dapat update list ni setiap minggu walaupun dalam kesibukan bekerja.
Ini youtube link untuk kempen kesedaran pengguna malaysia http://www.youtube.com/watch?v=8mCdL0sIXk0