Isnin, 23 Julai 2012

Tanah Lembaga Tabung Amanah Warisan DiLelong

Wartawan Buletin


KUALA TERENGGANU – Tanah milik Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) seluas kira-kira 15 hektar terletak di Mukim Kerteh dekat sini telah di lelong ekoran kegagalan membayar pinjaman bank.

Tanah tersebut telah digadaikan kepada Eon Bank pada  17  Februari 1997 bagi membangunkan satu projek 432 lot perumahan bercampur yang dikenali sebagai Bandar Baru Kerteh Jaya.

Hong Leong Bank yang telah mengambil alih Eon Bank apabila bank tersebut ditutup operasinya, telah melelong  Tanah LTAWNT melalui satu lelongan awam pada hari Rabu, 18 Julai, 2012.

Menurut dokumen Lelongan Awam terbabit, tanah tersebut telah di lelong pada jam 10.30 pagi di Bilik Lelong Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Hartanah tersebut berada dalam kawasan perumahan terbengkalai Bandar Baru Kerteh Jaya, di tepi jalan utama menuju Batu Putih, lebih kurang  4km dari Bandar Baru Kerteh.

Ia mempunyai 158 lot tapak rumah banglo, 168 lot tapak rumah berkembar dan 106 lot tapak rumah kedai telah dilelong dengan harga rezab RM 5, 594,000.00.

Menurut sumber, lelongan itu telah disambut oleh pembida sebuah syarikat yang dikenali Alam Sierra Development  Sdn Bhd dari Taman Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, yang di milik seorang peniaga berbangsa Cina.

Tiada ulasan: