Sabtu, 7 Julai 2012

Talam beri S'gor diskaun RM9.1 juta

Andrew Ong


 
Kerajaan Selangor berjaya mendapatkan 13 bidang tanah daripada Talam Corporation Bhd dengan diskaun RM9.1 juta sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula hutangnya, kata DAP.

Kenyataan ini bertentangan dengan dakwaan MCA bahawa tindakan itu sebenarnya langkah bailout (penyelamatan).

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, ini berdasarkan perbezaan penilaian harga sebuah firma tanah swasta yang berjumlah RM685 juta, berbanding penilaian negeri berjumlah RM676 juta.

Dalam sidang media di ibu negara hari ini, Pua berkata, maklumat itu dinyatakan dalam edaran Talan kepada pemegang sahamnya pada 15 Mac 2011.

"MCA patut berterima kasih kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim atas tindakan perniagaan yang bijak, bukan hanya mengkritik kerajaan Selangor," kata Pua, yang juga anggota Parlimen Petaling Jaya.

Pua berkata, edaran itu juga boleh didapati di laman web Bursa Malaysia secara percuma. Justeru, beliau secara sinis mencadangkan MCA membuat kerja rumah mereka terlebih dahulu.

Tiada ulasan: