Isnin, 16 Julai 2012

Sidang DUN Kedah cuma 1 jam 18 minit

Daripada lebih 50 soalan, hanya 5 yang dijawab. 




PETALING JAYA: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari mungkin mencatat sejarah kerana ia dijalankan hanya 1 jam 18 minit.

Ketua Pembangkang DUN, Datuk Seri Mahadzir Khalid berkata, kerajaan negeri PAS berbuat demikian kerana tidak mahu menjawab isu-isu besar yang timbul sekarang ini.

Katanya, daripada lebih 50 soalan yang dikemukakan oleh wakil rakyat BN dan Pakatan Rakyat, hanya lima soalan yang dijawab.

“Soalan-soalan `heavy weight’seperti pembalakan,  dia letak belakang kerana satu taktik tidak mahu menjawabnya.

Sebaliknya soalan-soalan remeh seperti pihak berkuasa tempatan dan bazar Ramadan diutamakan.

“Kita buat rayuan supaya dilanjutkan masa supaya lebih banyak soalan dijawab ditolak oleh Speaker, Datuk Dr Abd Isa Ismail” katanya ketika dihubungi.

Sidang DUN Kedah hari ini bermula jam 9 pagi dan berakhir pukul 10. 18 pagi.

Tiada ulasan: