Selasa, 10 Julai 2012

Sidang bahas isu moral pemimpin Pakatan

 
Sepatutnya sidang tumpu kepada perbahasan bajet perbekalan tambahan tetapi telah beralih kepada isu moral para pemimpin Pakatan Rakyat.

 

Sekitar Dun Selangor

SHAH ALAM: Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor yang sepatutnya menumpukan perbahasan mengenai bajet perbekalan tambahan negeri, bagaimanapun bertukar membincangkan isu moral para pemimpin Pakatan Rakyat.

Perkara itu disentuh oleh Mohd Isa Abu Kasim (BN-Batang Kali) yang secara tidak langsung ‘perli’ pemimpin Pakatan termasuk isteri mereka.

Mohd Isa secara berseloroh turut menyentuh mengenai individu yang dikenali sebagai ‘anugerah Tuhan’ serta mencadangkan bajet tambahan untuk program modal insan bagi memulih akhlak pemimpin Pakatan.

Tidak terkecuali, Mohd Isa turut menyentuh mengenai beberapa video seks yang didakwa mempunyai kaitan dengan pemimpin kanan PKR suatu ketika dulu.

“Rakyat jemu dengan sandiwara pimpinan Pakatan. Jangan nampak salah orang sahaja, jangan pandai nasihat isteri pemimpin Umno.

Isteri sebelah sini baik ke? Buat DNA tidak berani, cerita sanggup bermandi darah untuk pertahan keadilan. Minta darah takut.

“Isu liwat kian berterusan, saya cadangkan agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya minta bajet tambahan untuk papan tanda ‘Jangan Makan Aiskrim Dalam Tandas’…..ada juga YB yang belum jadi YB buat tazkirah jam 3 pagi,” katanya.

Tindakan Mohd Isa itu menyebabkan Shuhaimi Shafie (PKR-Sri Muda) mencelah dan bertindak balas dengan membuat dakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mohd Isa segera bangkit dan menafikan segala tuduhan yang dilemparkan Shafie itu.

Perbahasan yang bertukar kepada tohmahan dan dakwaan itu semakin rancak sehingga Timbalan Speaker, Haniza Talha menggesa Mohd Isa untuk terus fokus kepada perbahasan bajet perbekalan tambahan.

Tiada ulasan: