Ahad, 15 Julai 2012

Siasat Penyelewengan Dana Ladang Rakyat Mesti Secara Menyeluruh

Wartawan Buletin

KUALA TERENGGANU – PAS menggesa pihak berkuasa mengadakan penyiasatan secara menyeluruh ke atas pihak-pihak yang terbabit berhubung kait dengan penyelewe ngan sebanyak RM1 juta Dana Kebajikan Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd (LRTSB), sebuah anak syarikat kerajaan negeri Terengganu.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly, ia melibatkan dana awam yang sepatutnya digunakan bagi membantu membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf kehidupan rakyat.

“Apabila berlaku (penyelewengan) ini memang satu benda yang sangat pelik bagaimana ia boleh diluluskan (dan) sepatutnya ia tidak berlaku begitu,

“Ia satu dana awam yang sepatutnya dijaga dengan baik tapi telah menyebabkan penyelewengan yang sangat dahsyat berlaku, kerana ia adalah sebahagian untuk membantu untuk membasmi kemiskinan,”ujarnya

Katanya, ia bukan sahaja menghakis kepercayaan rakyat kepada agensi kerajaan yang dilantik bahkan menyebabkan usaha-usaha mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan rakyat terbantut

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah maghrib di Surau Flet Gelong Bilal pada Khamis 12 Julai sempena Karnival Ushawan Muslim dan Kedatangan Bulan Ramdhan al-Mubarak

Sehubungan itu, beliau yang juga Yang DiPertua PAS Dungun, meminta supaya turut disiasat pengurusan dana-dana awam lain ang banyak terdapat di negeri ini bagi memastikan kejadian aib tersebut tidak berulang.

“Mungkin banyak lagi yang melibatkan (penyelewengan) dana-dana awam yang mesti disiasat, (sebab) kalau kita melihat bagaimana penyelewengan (pengurusan dana) seperti ini, ia menunjukkan bahawa mesti disisasat (juga) pengurusan yang dibuat melalui DUN dan ADUN terbabit,”tegasnya.

Menurutnya, kes pecah amanah yang melibatkan jumlah kewangan yang begitu banyak  dalam DUN yang kecil seperti DUN Ajil itu, menggambarkan betapa rosaknya pentadbir tersebut dalam menjaga amanah.

Beliau turut menyelar pihak Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) yang disifatkan sebagai lari dari fokus sebenar untuk memajukan masyarakat di negeri Terengganu.

Lebih parah lagi, kata beliau, bukan sahaja tidak menyelesaikan isu-isu sebenarnya, berlaku pula pecah amanh dalam pengurusan APMT.

“APMT sebuah agensi kerajaan sepatutnya dia memberi perhatian kepada isu-isu sebenarnya yang hendak diselesaikan tetapi APMT sudah jadi agensi tidak dapat memberi fokus dan lebih dahsyat penyelwengan berlaku, (jadi) mestilah dibuat penyiasatan yang menyeluruh dan rapi,”ujarnya.

Tiada ulasan: