0
0
Mustafa Kemal Ataturk Jasad Tak Diterima Bumi
Mustafa Kemal Antatuk adalah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Daulah Khilafah yang kita banggakan sejak sekian lama. Tanggal 3 Mac 1924merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung – Khilafah Islamiyyah. Kejadian ini meninggakan luka yang amat dalam pada diri umat Islam.
Mustafa Kemal Antatuk adalah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Daulah Khilafah yang kita banggakan sejak sekian lama. Tanggal 3 Mac 1924merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung – Khilafah Islamiyyah. Kejadian ini meninggakan luka yang amat dalam pada diri umat Islam.
Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul
Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di
Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis
Nasional yang diketuai oleh La’natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi
jahat kafir Barat. Semuanya telah berlalu dan kehidupan umat Islam kini
lemah tanpa ada pembela gara-gara si Kamal Ataturk keparat ini.. Disini
ingin saya kongsikan peristiwa yang berlaku apabila kematian semakin
menghampiri si keparat pembelot agama Allah ini… Moga Allah melaknat
beliau.
Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi
(orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki.
Ataturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam
Turki pada tahun 1343H (1924M).
Beliau dilahirkan pada tahun 1299H
(1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan
takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja
sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan beliau ialah
bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan
Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di
sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika
itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik
lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.
Ketika Mustafa Kamal mencapai usia 12
tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau
menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H
(1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di
Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H.
(1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion
ketiga di Salonika.
Ataturk hidup tanpa isteri dan
anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya mampu tinggal
bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan denagn kefasikan
Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada
arak sehinggalah wanita.
Mustafa Kemal Atatürk 1881-10 November
1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera,
pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.
Beliau adalah komander tentera yang
berjaya dan berkhidmar sebagai panglima tentera semasa Pertempuran
Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau
berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin . Ketika itu
Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera
Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan
Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.
Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.
Mustafa Kemal telah membentuk semula
aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang
kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan
Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan
bertindak rasional.
Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga
1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang
politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’
meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal
dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara
iaitu ibu negaranya.
Sewaktu Mustapha Kamal Attaturk menjadi
perdana menteri Turki, dia telah membuat undang-undang yang amat
bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya ialah :
- Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
- Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
- Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
- Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”
- Menggalakkan minum arak secara terbuka.
- Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
- Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
- Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
- Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
- Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
- Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
- Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
- Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
- Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
- Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
- Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
- Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
- Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan
Di saat kematiannya, Allah telah
datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa
dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah :
- Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
- Sakit jantung.
- Penyakit darah tinggi.
- Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun
rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan
yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar
jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka
yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan
diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak
hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan
terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan
sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau
meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan
menyembahyangkan mayat beliau.
Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9
malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki
memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu,
Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah
perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak
dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).
Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan
sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi
(kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas
15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi
sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam
keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan
marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.
Apa yang menyedihkan, ulama-ulama
sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi
Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!
Maha suci Allah. Itulah azab yang
diterima oleh seorang yang menentang Agama Allah secara
terang-terangan.. Belum lagi azab yang ditanggung di akhirat kelak yang
kekal abadi. Dan itulah yang selayaknya diterima oleh Mustafa Kamal
Ataturk LAKNATULLAH!!
Na’udzubillahi min zaalik….Wallahu’alam
Sumber: www.blogammar.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan