Oleh Aisha Geoffrey
KUALA LUMPUR : Seorang samseng upahan Umno yang ditangkap
ketika mengganggu ceramah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim
di Pekan Kuah Langkawi mengaku kumpulannya diberi upah RM50 seorang
hanya untuk membuat kacau, kata saksi, Angah Habib.
“Mereka sebenarnya adalah kumpulan mat rempit, yang membuat provokasi
sejak ketibaan Anwar di Lapangan Terbang Langkawi dan ikut sampai
Masjid Pekan Kuah,” kata Angah yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda
Malaysia (SAMM) Kedah.
Beliau yang bertugas semasa tangkapan pada Ceramah Merdeka Rakyat di
situ Jumaat lalu berkata, hampir 30 buah kereta dicalarkan oleh mereka
yang tidak bertanggungjawab dalam insiden berkenaan.
“Mereka ganggu pula ceramah di sebelah malam, calar kereta sambil buat bising terutama ketika Anwar sedang berucap,” jelasnya.
Menurut Angah, selain SAMM, turut serta dalam operasi itu adalah KEADILAN Kedah dan Unit Amal.
Pemuda berusia awal 20 an itu berjaya dicekup sebelum dibawa ke Balai Polis Kuah.
Dianggarkan, lebih kurang 5,000 penyokong hadir dalam ceramah
tersebut yang turut mengecam tindakan provokasi samseng upahan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan