Khamis, 19 Julai 2012

Rundingan kerusi PR masih berjalan

Wartawan Sinar Harian

rafizi ramli
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli
 
 
SHAH ALAM - Mesyuarat pembahagian kuota kerusi Parlimen Pakatan Rakyat (PR) masih berjalan dan di peringkat akhir rundingan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, keputusan rundingan berkemungkinan besar tidak jauh bezanya dengan pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

“Pada 2008, PKR bertanding 97 kerusi, Pas (66 kerusi) dan DAP (47 kerusi). Besar kemungkinan ia tidak banyak beza dengan PRU 2008.

“Saya dimaklumkan, rundingan (pembahagian kerusi) telah 90 peratus siap,” katanya kepada Sinar Harian.

Kenyataan itu menyangkal dakwaan DAP akan bertanding 90 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sekali gus menjadi parti dominan dalam PR, seperti dilaporkan dalam media sebelum ini.

Rafizi mendakwa, tuduhan itu merupakan ‘penipuan hidup-hidup’ kerana tidak mempunyai asas dan hanya bertujuan untuk meninggikan kecurigaan orang ramai terhadap PR.

“DAP dominan dalam PR itu tidak betul. Konsep yang kita mulakan sebelum ini, akan kekal di situ,” katanya

Tiada ulasan: