Jumaat, 13 Julai 2012

Rafizi: Saya akan jawab perkara OSA di mahkamah

Aidila Razak


 
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata beliau hanya akan menjawab persoalan berhubung dokumen didakwa rahsia yang didedahkannya berhubung projek sambungan LRT Ampang di mahkamah.

Katanya, beliau enggan menjawab soalan daripada polis yang menyiasatnya berhubung dokumen berkeanaan ketika memberi keterangan kepada pasukan hari ini.

Rafizi berkata, beliau menggunakan haknya untuk tidak menjawab sekiranya jawapan itu akan menyabitkan kesalahannya.

"Ini bermakna polis boleh menghantar notis saman kepada saya untuk menyerahkan dokumen terbabit," katanya.

Polis boleh menggeledah premisnya sekiranya beliau gagal berbuat demikian, katanya ketika dihubungi selepas disiasat polis hari ini.

Terdahulu, Rafizi mendakwa dokumen terbabit menunjukkan bahawa firma Perancis, Thales International menggunakan syarikat tempatan, George Kent sebagai "perantara" dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan projek tersebut.

Tiada ulasan: