Jumaat, 13 Julai 2012

Rafizi ancam dedah kaitan Talam-MCA

Aidila Razak


 
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mengancam untuk mendedahkan kaitan parti BN dengan syarikat Talam Corporation sekiranya timbalan menteri daripada parti itu, Datuk Chua Tee Yong terus menyerang Pakatan Rakyat Selangor.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Rafizi mendakwa mempunyai fail transaksi melibatkan Talam dan pemimpin MCA.

"Sekiranya dia teruskan, minggu depan saya akan panggil satu lagi sidang media untuk tunjukkan siapa sebenarnya yang mendapat untung daripada Talam," katanya.

Katanya, beliau sanggup menggali setiap fail mengenai semua usaha sama demi menujukkan setiap pemimpin MCA yang mendapat keuntungan daripada Talam.

Beliau sanggup berbuat demikian kerana tugas itu tidak sepatutnya dibuat oleh menteri besar Selangor, kata Rafizi.

Katanya lagi, Chua terlupa bahawa Talam menghasilkan berjuta ringgit semasa pentadbiran BN.

Tiada ulasan: