Khamis, 19 Julai 2012

Pusat kini masuk campur isu Syabas

KL TODAY

 

Kerajaan Pusat telah memutuskan untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa Kabinet bagi membincangkan krisis air, yang dilihat membawa kepada konflik serius membabitkan Putrajaya-Syabas-Kerajaan Negeri Selangor.

Mengumumkan perkara itu di sini hari ini, Menteri Teknologi Hijau, Tenaga dan Air, Datuk Seri Peter Chin berkata, jawatankuasa itu akan diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain beliau, jawatankuasa itu akan dianggotai oleh Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Idris Jala dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik.

Pembentukan jawatankuasa itu telah dipersetujui pada mesyuarat Kabinet semalam dan akan mengadakan mesyuarat pertama Isnin ini.

Chin berkata, jawatankuasa itu tidak akan dianggotai wakil Kerajaan Negeri Selangor.

Sebaliknya, kata beliau, pihaknya akan memanggil Kerajaan Negeri Selangor untuk memberi pandangan jika diperlukan.
“Kami akan mengkaji isu-isu berkenaan dengan dua perkara ini, kesemua isu berkenaan dengan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Selangor,” kata beliau merujuk kepada langkah Syabas mahu melaksanakan catuan air di tiga kawasan utama dan tindakan Kerajaan Negeri Selangor mahu mengambil alih syarikat bekalan air itu.

2 ulasan:

amin berkata...

memang sah kerajaan umno bn akan terkubur pada PRU13 tengelam bersama para peminpin mereka,Ya Allah makbulkan lah doa kami seluruh rakyak Malaysia yg ditindas dan dianiaya olih mereka

amin berkata...

memang sah kerajaan umno bn akan terkubur pada PRU13 tengelam bersama para peminpin mereka,Ya Allah makbulkan lah doa kami seluruh rakyak Malaysia yg ditindas dan dianiaya olih mereka