Jumaat, 13 Julai 2012

Polis benar Himpunan Oren berarak esok

Abdul Rahim Sabri


 
Gerakan Selamatkan Felda (GSF) hari ini berkata polis memberi kebenaran untuk mengadakan perarakan ke Istana Negara dalam Himpunan Oren esok.

Koordinator GSF Mazlan Aliman berkata peserta dibenarkan untuk berbuat demikian dengan kawalan ketat pasukan polis dan Unit Amal PAS sehingga jarak 600 meter daripada pintu Istana Negara.

Mazlan berkata demikian selepas perbincangan dengan pihak polis di Balai Polis Kepong selama hampir dua jam petang ini.

Difahamkan, perarakan sejauh lebih 3 kilometer itu akan bermula di perkarangan letak kereta kompleks mahkamah Jalan Duta, melalui Jalan Sri Hartamas dan seterusnya menuju pintu ketiga Istana Negara.

GSF merancang perhimpunan tersebut bagi menyerahkan memorandum untuk memohon Yang di-Pertuan Agong campurtangan berhubung isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings.

Tiada ulasan: