Ahad, 22 Julai 2012

Pilihan raya mengejut dalam bulan September sebelum Hari Malaysia, kata sumber

 
 
KUALA LUMPUR— Pentadbiran Najib dijangka mengadakan pilihan raya mengejut pada September sebelum Hari Malaysia, jika rancangan untuk membubarkan parlimen bulan hadapan menjadi kenyataan, kata sumber dalaman dan penganalisis.

The Malaysian Insider difahamkan, penasihat dan pembantu perdana menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak telah memberitahu beberapa orang tentang rancangan untuk mengadakan pilihan raya diantara Hari Raya Aidilfitri pada 19 Ogos dan hari pembentangan bajet pada 28 September. Hari Malaysia adalah pada 16 September.

“Pilihan raya mengejut adalah sebelum 16 September supaya memberi masa yang cukup untuk membentangkan bajet 2013 pada 28 September jika BN masih menguasai Putrajaya,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Akan tetapi beliau juga menambah bahawa Hari Pembentangan Bajet Malaysia secara tradisinya diadakan pada hari Jumaat dan pada akhir bulan Oktober dipercepatkan oleh kerana Aidilfitri – perayaan selepas Ramadhan berakhir bagi orang Islam. Lebih 60 peratus daripada rakyat Malaysia beragama Islam dan Islam adalah agama rasmi negara ini.

Sumber lain memberitahu, bulan September juga membenarkan orang Islam untuk menunaikan ibadah Haji yang jatuh pada 26 Oktober – isu Haji menjadi perbalahan di kalangan beberapa parti politik yang mengatakan ia akan melucutkan kuota sebanyak 20,000 umat Islam di Malaysia yang berhak untuk mengundi.

“Kami dengar pilihan raya mengejut pada bulan September dan ini dijadikan faktor dalam analisis kami,” kata penganalisis pasaran saham Singapura kepada The Malaysian Insider sambil memberi perhatian kepada perjumpaan antara Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bersama wakil parti-parti politik minggu lalu.

Najib sangat berhati-hati dalam mengumumkan tarikh pilihan raya walaupun beliau menyatakan keyakinannya memenangi kerajaan pusat dan semua negeri. BN menguasai Putrajaya dan Sembilan negeri manakala pembangkang, Pakatan Rakyat (PR) menguasai Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selamgor. Perak yang dimenangi PR kembali ke Bn pada Fabuari 2009 apabila tiga Adun keluar PR menjadikan BN majoriti di negeri tersebut. Di Pekan semalam, Najib berkata BN masih belum selesai senarai calon untuk pilihan raya akan datang.

Akhbar The Star melaporkan najib berkata, “Senarai ini akan muktamad apabila tiba masanya.
“Selain itu adalah spekulasi.” Katanya apabila ditanya tentan kebenaran dakwaan beliau mengugurkan separuh daripada senarai nama yang dihantar.

Laporan tersebut menyatakan terdapat calon yang digugurkan oleh kerana beberapa sebab seperti disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis. Ada juga yang digugurkan untuk beri laluan kepada orang muda.

"Kita masih menyemak helaian nama, memeriksa dan menyemak lagi, " kata Presiden Umno itu kepada pemberita.

Walaupun Najib memberikan komen sedemikian, sumber dari BN mengatakan mereka sudahpun mengambil barang-barang kempen seperti t-shirt dan poster dari kilang di beberapa pelabuhan untuk diedarkan ke semua negeri dan bahagian. Sesetengah barang diimpot dari China dan Indonesia.

Ahli strategi BN menggunakan Najib sebagai asas kempen mereka dengan sepanduk, billboard dan bunting memaparkan mukanya digantung dalam bangunan dan jalan-jalan utama di ibu kota dan bahagian-bahagian lain negara ini. Komuter KTMB juga mempunyai mukanya terpampang pada keretapi sementara parti dan gabungan laman web mempunyai foto Najib yang dipamerkan.

“Najib sangat popular.

“Survey terakhir yang dilakukan oleh Merdeka Centre menunjukkan beliau mendapat 65 peratus rating popular dan beliau melangkaui semua demografi,” kata ahli strategi BN kepada The Malaysian Insider.

Ketika BN memanggil pilihan raya pada tahun 2008 PM pada ketika itu adalah Tun Abdullah Badawi, populariti Abdullah adalah sebanyak 71 peratus tetapi BN hilang penguasaan majoriti 2/3 di parlimen dan empat buah negeri.

Najib yang mencari mandat pertama di pilihanraya sejak beberapa bulan ini telah menjelajah satu negara menerusi programnya “Jelajah Janji Ditepati” dan beliau dijangka akan melawat Kelantan dan Terengganu tidak lama lagi. Sama ada secara ironi ataupun kebetulan, Janji Ditepati turut merupakan tema Hari Kebangsaan yang bakal disambut pada Ogos 31 tahun ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut telah menjangkakan pilihanraya selepas Aidilfitri, katanya BN berkemungkinan akan mengambil peluang kerana ramai pengundi tidak sempat pulang ke daerah mengundi mereka, selepas perayaan besar umat Islam itu. Kebiasaanya, semasa Aidilfitri ramai yang pulang ke kampung halaman untuk bersama keluarga.

“Kami jangka BN akan menggunakan peluang Aidilfitri sebaikmya kerana pengundi akan berfikir serius untuk kembali kepada kampung halaman mereka untuk mengundi hanya selepas mereka pulang dari cuti, "katanya kepada organ pihak Islamis Harakahdaily di Rabat, Maghribi.

Hampir 13 juta pengundi layak untuk membuang undi mereka jika pilihan raya umum dipanggil melibatkan semua 222 kerusi persekutuan dan 505 kerusi di 12 negeri.

Walau bagaimanapun, empat negeri PR memerintah negeri masih belum membuat keputusan - sama ada akan mengadakan pilihan raya pada hari yang sama seperti pilihan raya umum mandat mereka hanya tamat seterusnya April. Sarawak sudah menjalankan pilihan raya negeri tahun lepas.

4 ulasan:

mantera berkata...

macam2 ramalan tentang PRU, kali ini sebelum raya pula.. tapi rasanya ia takkan berlaku.

Unknown berkata...

Penganalisis suka membuat ramalan. ada juga penganalisis baru2 ni yang meremalkan PRU diadakan pada bulan oktober.

Hamdan Hadillah berkata...

Mengenai PRU13 ini rasanya masih belum ada kepastian lagi akan diadakan pada tahun ini atau tahun hadapan. Maka kita tunggu saja pengumuman daripada PM sendiri

drako drakonius berkata...

Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor is of the view that the general election (GE) will not likely be in October.He said October would not be a suitable month as it was the Haj season.“If the election is held that time, accusations will arise that the government does not respect Islam. I do not think it (GE) will be held in October,” he told reporters.In June, PAS information chief, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man was reported to have asked the party’s members planning to go on the Haj pilgrimage to defer their plans because the party believed the polls would be held in October. In other developments, Tengku Adnan said Putrajaya Umno would be holding its annual delegates meeting on Sept 1 and that the division would also be holding its Aidilfitri open house the same day.He added that Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak was scheduled to open the meeting.