Khamis, 5 Julai 2012

Peneroka ditadbir 2 pihak, pendapatan merudum

 
ANAK mendakwa pendapatan bulanan merudum kepada RM800 selepas FGVH disenaraikan.




PETALING JAYA: Persatuan Anak-anak Peneroka-peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mendakwa Felda Global Ventures Holding (FGVH) Berhad kini diterajui oleh dua kumpulan.

“Satu kumpulan oleh pengurusan FGVH sendiri, manakala satu lagi oleh Felda,” kata Presiden ANAK, Mazlan Aliman.

“Saya berkata begitu kerana ada poster yang ditampal di Johor yang mengatakan peneroka yang mahu menjual saham FGVH boleh pergi ke pejabat Felda.

“Menurut peneroka di situ, poster ini diletakkan oleh pegawai Felda. Ia ditemui di kawasan-kawasan strategik seprti warung kopi,” tambahnya lagi.

Menurut Aliman, ini menyebabkan peneroka menjadi keliru pihak mana yang mahu didengar mereka.

Sementara dalam perkembangan berkaitan, peneroka mula merungut kerana pendapatan mereka merosot banyak sejak penyenaraian FGVH 28 Jun lalu.

Katanya, perkara ini berlaku kerana FGVH memaksa peneroka membayar pinjaman wajib sekaligus dan dengan jumlah yang lebih besar dari sebelum ini.

FGVH hadapi defisit RM600 juta


Sebagai contoh, katanya, pinjaman perumahan yang sebelum ini cuma RM250 sebulan kini menjadi RM400.

“Selepas membayar hutang-hutang seperti perumahan, tanaman semula dan lain-lain, pendapatan bulanan yang tinggal hanya RM800. .

“Berbeza sebelum FGVH, peneroka mendapat RM2 hingga RM3, 000 sebulan,” tambah beliau lagi.

Mazlan mendakwa, FGVH berbuat demikian kerana memerlukan perbelanjaan RM1.9 bilion setahun sedangkan sumber pendapatan hanya RM508 juta.

“Defisit tahun ini RM600 juta. Bagaimana nak cari wang sebanyak itu dalam tempoh tidak sampai  enam bulan lagi,” tanya beliau.

Menurut Mazlan, beliau memperolehi maklumat itu melalui laporan bajet Felda.

Tiada ulasan: