Selasa, 3 Julai 2012

Pemerhati p'raya: Tak adil hentam kami, kata SPR

Nigel Aw


 
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata adalah tidak adil untuk mengkritik SPR berhubung langkahnya untuk melantik lima pemerhati pilihan raya sewaktu pilihan raya umum ke-13.

NONEBeliau menjelaskan, pemerhati yang sedang dipertimbang untuk dilantik oleh SPR itu, bekerjasama dengan suruhanjaya berkenaan untuk menyediakan satu garis panduan  dan ia belum muktamad lagi.

Oleh itu, tambahnya, adalah tidak adil untuk mengkritik SPR sekarang kerana pemerhati (berpotensi) itu belum lagi ditauliahkan.

Abdul Aziz menjelaskan demikian dalam mesej teks kepada Malaysiakini semalam.

SPR berdepan dengan kritikan hebat sejak menamakan lima NGO yang mahu dilantiknya sebagai pemerhati dalam pilihan raya umum akan datang.

Mereka adalah kumpulan pemikir Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Idea) dan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI), badan pemantau rasuah Transparency International-Malaysia, badan hak asasi manusia Promotion of Human Rights (Proham) dan badan kajiselidik bebas, Merdeka Centre.

Tiada satupun daripada NGO yang dipilih itu mempunyai banyak pengalaman dalam pemantauan pilihanraya, manakala kumpulan yang arif dalam tugasan tersebut telah diabaikan.

NONEPengerusi Badan Pilihanraya Bebas dan Adil (MAFREL) Syed Ibrahim
Syed Noh kecewa kerana badan-badan yang lebih berpengalaman dalam bidang tersebut, tidak dipilih menjadi pemerhati pilihan raya.

Syed Ibrahim (kanan) juga menuduh SPR cuba mewujudkan persepsi palsu bahawa suruhanjaya itu telus.

Abdul, Aziz dalam satu temubual dengan akhbar New Straits Times baru-baru ini, berkata Mafrel tidak dipilih kerana ia "berat sebelah dan pro-pembangkang".

Tiada ulasan: