Selasa, 31 Julai 2012

Pelantikan Lajim Ukin Sebagai Timbalan Menteri Dibatal

MSTAR ONLINE
 
 
KUALA LUMPUR: Pelantikan Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dibatalkan serta merta.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memberi perkenan terhadap pembatalan pelantikan itu.
Ia adalah mengikut peruntukan Fasal (3) Perkara 43A yang dibacakan bersamaFasal(5) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

Lajim pada Sabtu lepas mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuatkuasa serta-merta.

Beliau bagaimanapun masih kekal sebagai anggota Umno.

Lajim yang mengumumkan peletakan jawatannya di Likas Jaya, dekat Kota Kinabalu, dilaporkan menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan kedudukannya sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Najib kemudian pada satu majlis di Pekan dilaporkan berkata kedudukan Lajim sebagai timbalan menteri akan diputuskan pada Isnin.

Lajim, 57, dipilih ke Parlimen pada pilihan raya umum 2008 menggantikan penyandang kerusi Beaufort, Azizah Mohd Dun selepas menewaskan Lajim Md Yusof (PKR), dengan majoriti 10,914 undi.

Beliau kemudian dilantik menjadi Timbalan Menteri Pengangkutan pada tahun 2008 sebelum ditukarkan portfolio kepada Timbalan Menteri Perumahan dan KerajaanTempatan pada 2009. - BERNAMA

8 ulasan:

Paquin berkata...

Saya sokong keputusan ini. Memang patut dibatalkan pun kalau sudah tak setia.

Paquin berkata...

Kita lihat sajalah nanti apa lagi yang akan Lajim lakukan. hehe

Unknown berkata...

Tapi hairan kenapa masih dikekalkan dalam UMNO?Lajim kan sudah memperlihatkan pendirian untuk bekerjasama dengan Pakatan.

Unknown berkata...

Wajarlah keputusan tu. lebih baik buang terus apa yang merosakkan parti daripada terus melarat seperti kanser. nanti satu parti akan terjejas.huhu

mantera berkata...

ramai yang sokong dgn keputusan ini.

mantera berkata...

lajim enggan beri komen akan hal ini.

jackie berkata...

Tiada pendirian patut keluarkan saja dari UMNO.

jackie berkata...

Lajim tidak berterus-terang, rakyat yang keliru dengan kedudukan beliau.