Rabu, 4 Julai 2012

PAS dakwa Umno Perak gadai tanah kepada syarikat Cina

FREE MALAYSIA TODAY

Tanah seluas 511, 43 ekar itu dijual dengan harga RM68, 000 seekar berbanding harga semasa pasaran kira-kira RM200, 000 seekar.




IPOH: PAS Perak mendakwa sebuah anak syarikat kerajaan negeri menggadai tanah seluas 511.43 ekar kepada sebuah syarikat bukan
Bumiputera – Melayu.

Jurucakap  Jawatankuasa Strategik, Salman Saleh berkata, Syarikat Maju Perak Berhad  menggadai tanah yang terletak di Batu Gajah berhampiran stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM).

“PAS Perak kesal tindakan Syarikat Maju Perak Berhad yang menggadai tanah kepada syarikat Extreme News Sdn Bhd dengan harga yang terlalu murah,” katanya dalam sidang media di pejabat PAS Perak, dekat sini.

Salman berkata, tanah yang terletak di lokasi yang strategik itu dijual dengan harga RM68, 000 seekar  berbanding harga semasa pasaran kira-kira RM200, 000 seekar.

“Kami menganggapnya sebagai satu keputusan yang amat pelik bagi tujuan apa kaedah sekalipun dan adakah kerajaan negeri maklum akan salahlaku ini?,” katanya.

Menurut Salman, kerajaan negeri gagal menguruskan Syarikat Maju Perak Bhd yang sepatutnya berperanan sebagai untuk memajukan tanah hak milik Melayu dan membuat keuntungan kembali kepada kerajaan negeri.

Katanya, Menteri Besar, Datuk Seri Zambry sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan negeri Perak (PKNP) mesti bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan anak-anak syarikatnya terutamanya dalam menjaga kepentingan orang Melayu didalam kurniaan tanah kepada GLC negeri.

“Tindakan tersebut dibimbangi ada berlaku serta melibatkan unsur rasuah dan penyelewengan yang melibatkan urusan perniagaan diluar kebiasaan tersebut yang mungkin berlaku,” soalnya lagi.

Minta ZMB jelaskan

PAS Perak, kata Salman  memberi tempoh  tujuh hari kepada  Zambry untuk memperjelaskan isu ini kepada umum.

“Kami mendesak agar ditubuhkan satu jawatankuasa khas yang bukan di bawah (Jawatankusa Kira-kira Awam) PAC untuk menyiasat isu ini secara telus dan terbuka.

“Kami juga mendesak agar dibatalkan perjanjian dengan Extreme News Sdn Bhd jika benar adanya perjanjian tersebut dimeterai.

Justeru, PAS Perak menuntut Umno negeri bertanggungjawab dalam isu ini dan melaksanakan tuntutan ini dengan segera atau tindakan selanjutnya akan diambil.

Dua anggota Jawatankuasa Strategik PA negeri, Safarizal Saleh dan Hafez Sabri hadir sama dalam seidang media tersebut.

Tiada ulasan: