Sempena bulan Ramadan, Dewan Pemuda PAS dengan kerjasama NGO Islam, akan mengadakan munajat perdana dan bantahan kekejaman ke atas umat Islam Rohinya, selepas solat Jumaat depan di masjid-masjid negeri.

"Dewan Pemuda PAS Malaysia mengharapkan seluruh umat Islam bangkit berdoa dan bermunajat kepada Allah Azza wa Jalla agar menyelamatkan umat Islam Rohingya," kata ketuanya, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, Dewan Pemuda PAS Malaysia juga turut menggesa agar kerajaan Malaysia supaya mengambil satu langkah berkesan untuk memastikan ummat Islam Rohingya tidak lagi disembelih dan dibantai sedemikian kejam.

"Melalui Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Malaysia,  memorundum rasmi akan dihantar ke Wisma Persekutuan dan juga kepada pihak bertanggungjawab antarabangsa seperti OIC, NAM dan lainnya untuk segera mengambil tindakan menghentikan kekejaman tersebut," katanya.