Teo berkata, polis bagaimanapun tetap tidak muncul selepas beliau menunggu sehingga satu jam.
Katanya, beliau kemudiannya melihat sehingga lima orang anggota polis Cawangan Khas di program ceramah Pakatan Rakyat yang dihadirinya selepas itu.
"Kami panggil polis, mereka beritahu kami supaya tunggu di lokasi kejadian. Tapi mereka tidak muncul selepas satu jam, jadi kami panggil lagi. Kali ini (polis) suruh kami pergi terus ke balai.
"Kita perlukan lebih ramai polis untuk mengawal jalan, (bukan) menyelia ceramah Pakatan," katanya dalam satu tulisan di Twitter pada malam tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan