Selasa, 3 Julai 2012

MB: 4 Juta Rakyat Selangor Terima Manfaat Langsung Dari MES






SHAH ALAML: Lebih empat juta penduduk di Negeri Selangor menerima pelbagai manfaat secara langsung dari Program Merakyatkan Ekonomi Selangor(MES) yang dilancarkan Kerajaan Negeri sebaik sahaja mengambilalih pentadbiran dari kerajaan Umno-BN sebelumnya.

Demikian ujar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika berucap di hadapan kira-kira hampir 500 peserta Dialog Bajet Selangor 2013 yang diadakan semalam.

“Dalam konteks agihan ekonomi kekayaan negeri menerusi program MES, lebih 200 ribu orang penerima individu mendapat manfaat setiap tahun dan itu tidak termasuk penerima bekalan air percuma 20 meter padu yang mencecah 1.277 rumah.



“Jika dihitung satu isi rumah sekitar empat orang, itu bererti lebih empat juta orang penerima manfaat daripada program tersebut,” kata Abdul Khalid dalam majlis dialog bertajuk ‘Selangor Peneraju Ekonomi Malaysia’ yang diadakan di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya.

Beliau turut memberitahu, secara kasarnya, setakat April 2012, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sehingga mencecah RM525 juta bagi memastikan rakyat negeri ini mendapat manfaat dari pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Menurutnya kejayaan Kerajaan Negeri meningkatkan ekonomi negeri dan mengagihkan kekayaan kepada rakyat Selangor merupakan hasil usaha keras kakitangan awam negeri itu.

Tiada ulasan: