Sabtu, 14 Julai 2012

Lim Kit Siang 


 Peguam Negara Gani Patail patut menggugurkan dakwaan hasutan terhadap Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh dan pemimpin Parti Human Rights Party (HRP) P. Uthayakumar untuk membuktikan keikhlasan dan niat baik (bona fide) Perdana Menteri Najib Razak apabila mengumumkan pemansuhan Akta Hasutan 1948 yang akan dimansuhkan dan digantikan dengan akta baru Akta Keharmonian Nasional.

Dalam ucapan Najib (gambar kiri) semalam, beliau telah berkata bahawa keputusan untuk memansuhkan Akta Hasutan adalah untuk mencari satu mekanisme yang dapat menjamin kebebasan bersuara bagi setiap rakyat Malaysia dan keperluan untuk mengendalikan kekompleksan kepelbagaian yang wujud di negara ini.

Kata beliau lagi, dengan Akya Keharmonian Nasional ini, negara ini akan "lebih dilengkapi untuk mengendalikan ketidaksahihan nasional" dan untuk "membantu meneguhkan kepaduan nasional dengan melindungi perpaduan kebangsaan dan memupuk keharmonian perkauman".

Sejarah Akta Hasutan Malaysia merupakan satu sejarah pahit yang tidak berdemokrasi, drakonian, kuno, autoritarian dan undang-undang menindas yang digunakan dalam keadaan yang selektif dan diskriminasi oleh puak-puak yang berkuasa, bukan sahaja untuk menumpas kebebasan bersuara dan ekspresi dengan melabelkan apa-apa bentuk penentangan sebagai satu jenayah tetapi juga dengan menjadikan personaliti pihak pembangkang sebagai satu sasaran.

Dengan pemansuhan Akta Hasutan yang diterima dengan baik, dan telah dijadikan sasaran bagi tuntutan pendemokrasian selama beberapa dekad, rakyat Malaysia kian berwaspada dengan pengumuman Najib itu sebagai satu janji "transformasi politik" oleh Najib dalam ucapan Hari Malaysia beliau tahun lepas untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, pindaan kepada Akta Polis dan Akta mesin Cetak dan Penerbitan, pelulusan Akta Perhimpunan Aman dan revokasi Proklamasi Darurat, tidak melibatkan pendemokrasian penuh hak-hak rakyat Malaysia yang dilihat daripada aksi keganasan pihak polis terhadap peserta-peserta perhimpunan aman BERSIH 3.0 dan kempen fitnah selepas 28 April yang telah dilancarkan terhadap penganjur BERSIH 3.0 dan peserta-pesertanya.

Apa yang membimbangkan kepada rakyat Malaysia yang patriotik adalah budaya "lepas tangan" oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengapi-apikan kebencian di antara kaum dan memecah-belahkan perpaduan di antara kaum melalui kempen kejam yang berbaur fitnah dan pembohongan untuk memastikan UMNO/Barisan Nasional kekal berkuasa dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Persoalan yang mesti ditanya adalah samada pengumuman terbaru Najib di atas pemansuhan Akta Hasutan dan penggantiannya dengan Akta Keharmonian Nasional merupakan sebahagian daripada program Perdana Menteri yang direka untuk menjadikan Malaysia sebuah negara dengan "sistem demokrasi terbaik di dunia" dan jika benar, mengapa beliau tidak bersedia untuk memberikan komitmen penuh, bahawa UMNO/BN dan beliau sendiri akan menerima dengan baik dan memudahkan peralihan kuasa di peringkat persekutuan jika ianya pilihan pengundi Malaysia dalam pilihanraya yang akan datang?

*Lim Kit Siang (gambar kanan) ialah Ketua Parlimen DAP dan ahli parlimen Ipoh Timur.


Tiada ulasan: